Bisnes & EkonomiIsu SemasaTempatan

Semakin Ramai Belia Malaysia Menganggur

Laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2016 mendedahkan bahawa kadar pengangguran belia di Malaysia telah mencecah 3 kali ganda melebihi paras pengangguran kebangsaan pada 3.1%.

Peningkatan tersebut berlaku kerana pengambilan pekerjaan yang semakin perlahan dalam pertumbuhan ekonomi yang lebih sederhana.

Syarikat perniagaan juga semakin berhati-hati dalam mengambil pekerja baru, di mana langkah ini adalah penghalang untuk mengembangkan tenaga kerja mereka.

Pada tahun 2015, kadar pengangguran belia dianggarkan telah mencecah 10.7%.

p5_bizdx_adn_2703_unemploymentpdf“Pada tahun 2015, kadar pengangguran dalam kalangan belia meningkat sebanyak 1.2% daripada anggaran 9.5% kepada 10.7%, sementara kadar pengangguran nasional meningkat dengan hanya 0.2% (daripada 2.9% ke 3.1%) dalam tempoh yang sama,” kata BNM.

BNM turut menegaskan bahawa belia juga adalah golongan yang terakhir untuk diambil kerja dan yang pertama untuk diberhentikan kerana kekurangan pengalaman serta kemahiran komunikasi yang lemah, antaranya.

Pengambilan kerja yang lebih perlahan mempunyai impak lebih luas ke atas ekonomi, di mana ia memberi kesan terhadap belia terutamanya dan pencari kerja baru.

Selain itu,  belia yang berpendidikan tinggi mencatatkan kadar pengangguran yang tertinggi iaitu 15.3% manakala berbanding mereka yang bukan berpendidikan tinggi 9.8%.

Dalam kategori belia yang berusia antara 15 hingga 24 tahun, hanya 16% memiliki pendidikan tinggi manakala 84% lagi hanya habis sekolah menengah.

“Dalam kalangan ekonomi serantau, kadar pengangguran bagi graduan muda juga lebih tinggi daripada bukan graduan,” ujar BNM lagi.

Dalam satu kenyataan, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot turut mengatakan bahawa lebih daripada 500,000 orang di Malaysia masih tidak mempunyai pekerjaan, di mana 200,000 orang adalah dari kalangan graduan.

Menurut beliau, 103,224 daripada graduan tersebut adalah mereka yang masih belum mendapat pekerjaan, sementara 100,390 orang lagi telah berhenti kerja kerana tidak gembira dengan gaji atau merasakan pekerjaan itu tidak sesuai dengan diri mereka.

Walau bagaimanapun, statistik pengangguran di negara kita masih rendah berbanding negara-negara lain di dunia, ujarnya lagi.

Sumber: The Star
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button