AntarabangsaIsu SemasaTeknologi

Mengapa Perlu Adanya Undang-undang Karbon?

Hasil kajian sebuah pasukan penyelidik di luar negara menegaskan bahawa penghasilan gas karbon dioksida (CO2) perlu dikurangkan sehingga separuh pada setiap dekad mulai tahun 2020.

The Carbon Law (Undang-undang Karbon), menerangkan bahawa kita perlu mencapai julat sifar pelepasan gas CO2 pada tahun 2050 supaya iklim global dapat dilindungi untuk generasi kini dan masa hadapan.

Undang-undang Karbon adalah sebuah konsep baru yang telah diperkenalkan dalam Jurnal Science baru-baru ini. Menurut Owen Gaffney, pakar iklim dari Stockholm Resilience Centre, “Ia adalah sebahagian daripada rancangan nyah-karbon yang menunjukkan bagaimana ekonomi global boleh membantu dalam menurunkan pelepasan karbon secara mendadak”.

Supaya peningkatan suhu global kekal di bawah 2 darjah celcius, pelepasan CO2 daripada bahan api fosil (seperti minyak, gas dan arang batu) perlu berada di tahap tertinggi pada tahun 2020 seterusnya menurun ke sifar pada tahun 2050. Hal ini telah dipersetujui oleh Persatuan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) pada Perjanjian Paris 2015. Ketika ini suhu bumi telah pun meningkat sebanyak 1.1 darjah celcius.

“Pendekatan Undang-undang Karbon memastikan usaha untuk mengurangkan pelepasan gas berlaku secepat mungkin, seterusnya dapat mengurangkan risiko perlepasan gas berlebihan” kata Gaffney.

Hal ini bermakna pelepasan CO2 secara global haruslah mencapai tahap tertinggi pada tahun 2020 dan mestilah dikurangkan sehingga separuh pada tahun 2030.

c02-chart1

Sebagai contohnya, jika pelepasan gas adalah pada tahap 40 billion tan (Gt) pada tahun 2020 ia perlu dikurangkan sehingga 20 Gt pda tahun 2030, dan separuh lagi dalam tempoh 10 tahun yang seterusnya.

Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat perubahan tenaga yang bersumberkan arang batu oleh Negara China dengan peningkatan sebanyak 3.7 peratus pada tahun 2013 dan menurun sebanyak 3.7 peratus pada tahun 2015.

Hal ini mungkin disebabkan pengunaan tenaga angin oleh Negara China yang telah meningkat daripada 400 megawatts (Mw) pada tahun 2004 kepada 145 000 Mw pada tahun 2016.

Ketua penyelidik kajian ini serta pengarah Stockholm Resilience Centre, Johan Rockstrom menerangkan bahawa berlakunya peningkatan tenaga yang boleh diperbaharui sebanyak 2 kali ganda dalam tempoh 10 tahun yang lepas, jika perkara ini berterusan kita tidak perlu lagi bergantung pada sumber tenaga fosil pada tahun 2050.

Sumber: globalissues.org

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button