FesyenGaya Hidup

Tips Pemilihan Baju Untuk Lelaki Tampil Lebih Kurus

Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal termasuk senaman dan diet yang menyeksakan tetapi malangnya bukan semua lelaki mampu mencapai apa yang mereka inginkan. Usah bimbang kerana fesyen ada jalan penyelesaiannya.

Di sini kami kongsikan tips pemilihan baju untuk membuatkan seseorang lelaki kelihatan lebih kurus:

  1. Bentuk baju

Pastikan anda memilih baju yang sesuai dengan bentuk badan anda. Untuk kelihatan kurus, pastikan anda tidak memakai baju yang terlalu besar atau terlalu kecil. Baju yang terlampau besar akan membuatkan anda kelihatan gemuk dan baju yang terlalu kecil pastinya akan menyerlahkan lemak anda.

95d22666055888dc0d44771e61782245

  1. Warna gelap

Memilih pakaian berwarna gelap mampu membuatkan anda kelihatan lebih kurus kerana warnanya memberikan penyamaran yang baik. Pilih pakaian berwarna hitam, coklat atau biru gelap untuk selamatkan badan anda.

  1. Lengan panjang

Satu lagi helah yang sentiasa berkesan pada orang berbadan besar adalah dengan memakai baju berlengan panjang. Baju dengan lengan panjang mempunyai kelebihan untuk menyorokkan lemak di tangan anda.

  1. Jalur menegak

Jika anda gemar memakai baju berjalur, pastikan jalurnya menegak. Jangan sesekali memakai baju berjalur mendatar kerana ianya digunakan untuk membuatkan seseorang kelihatan lebih besar.

hentsch-man-striped-cotton-shirt-original-125066

  1. Corak besar

Tidak menjadi masalah jika anda mahu memakai corak polka dot atau bunga. Ia akan menjadi masalah besar jika anda mempunyai badan yang besar dan menggunakan corak terlalu kecil. Gunakan pakaian bercorak besar bagi saiz badan yang besar, kerana anda perlu kelihatan seimbang antara pakaian dan badan anda.

2c186eeb35a8aeccf86ed0e80387ef8f

Sumber: thefashionformen.com

Show More

Related Articles

Back to top button