Hiburan

Animasi Zaman Kanak-Kanak Yang Bakal Difilemkan Semula Oleh Disney

Selepas kejayaan Cinderella dan Beauty and The Beast yang telah difilemkan semula baru-baru ini, syarikat penerbitan animasi popular, Disney telah merancang untuk menerbitkan semula lebih banyak filem animasi zaman kanak-kanak dalam versi manusia.

Oleh sebab sambutan lebih hangat diberikan kepada filem yang diterbitkan semula berbanding mencipta watak Disney baru, syarikat itu nekad untuk menghidupkan kembali animasi-animasi berikut:

Mulan

mulan

Studio itu mengumumkan pada bulan Februari 2017 yang Niki Caro akan mengarahkan projek baru ini.  Untuk mengekalkan keaslian kisah dongeng yang berasal dari Asia ini, Disney sudah mula memburu pelakon dari China untuk membintanginya.

The Little Mermaid

little-mermaid-cartoon-21518-39

Pelakon Chloe Grace Moretz dikhabarkan akan membawa watak Ariel, Si Duyung tetapi beliau menolak tawaran itu atas sebab tertentu. Lagu-lagu untuk filem ini telah pun ditulis oleh legenda Disney, Alan Menken, Hamilton dan Lin-Manuel Miranda.

Peter Pan

peter-pan-disney-poster-cartel-6

Walaupun sudah ada beberapa filem adaptasi Peter Pan, seorang budak lelaki yang tidak bersedia untuk membesar, Disney masih merancang untuk menerbitkannya. Projek itu akan menjadi satu lagi kerja pasukan untuk pengarah David Lowery dan penulis skrip, Toby Hallbrooks.

Aladdin

yasmin_23

Pengarah filem Sherlock Homes, Guy Ritchie, telah diputuskan untuk mengarah filem ini. Pihak Disney merancang untuk mengekalkan unsur muzikal Aladdin seperti dalam filem asal yang berlatarkan kehidupan di negara Timur Tengah.

Pinnochio

p_pinocchio_digitalhd_6dac1970

Disney mula merancang untuk menerbitkan semula Pinnochio pada tahun 2015 apabila mula mencari penulis skrip untuk filem itu. Cerita ini dikatakan akan memberi tumpuan kepada hubungan antara bapa dan anak yang terkesan kerana pembohongan Pinnochio yang hidup dalam dunia fantasi.

The Lion King

lion-king

Pembikinan filem ini akan membawa semula bintang filem kartun, James Earl Jones yang memberi suara kepada watak Mufasa dalam The lion King. Filem yang bakal diarahkan oleh Jon Favreau ini akan turut dibintangi oleh  Donald Glover sebagai watak Simba. Studio itu walaubagaimanapun, belum pasti sama ada mahu menggunakan kaedah CGI ataupun tidak.

Sumber: nickiswift.com

Show More

Related Articles

Back to top button