Brazil selamat daripada melepaskan gol awal menewaskan Uruguay 4-1, Paulinho menyambar hatrik dengan kemenangan itu Brazil mengesahkan tempat untuk Piala Dunia di Russia tahun hadapan.
Kemenangan itu memberikan Jurulatih Brazil, Tite, 8 kemenangan dalam 8 perlawanan sebagai jurulatih.
Juara 5 kali Piala Dunia menewaskan Uruguay dengan 4 gol tetapi tuan rumah terlebih dahulu yang membuka tirai gol selepas 9 minit permainan terima kasih kepada sepakan penalti daripada Edinson Cavani.
Neymar menguis bola ke Paulinho di tengah padang dan bekas pemain tengah Tottenham itu membuat satu rembatan kuat dari 30 ela luar kotak.
Apabila Brazil mendahului 6 minit sebelum ke separuh masa kedua Paulinho sekali lagi menjaringkan gol.
Penjaga Gol Uruguay, Martin Silva hanya mampu menepis sepakan Roberto Firmino dari penjuru d-box dan Paulinho yang berada di situ hanya menyepak masuk bola muntah itu.
Neymar yang agak tidak menyerlah dalam perlawanan ini mendapatkan Brazil gol ketiga dengan perlawanan berbaki 16 minit selepas dia merampas dan memintas Sebastian Cates dan membuat lob ke atas Martin Silva.
Paulinho menyempurnakan hatrik-nya dan gol ke-4 Brazil semasa minit kecederaan selepas dia mendada hantaran daripada Dani Alves.