FesyenGaya Hidup

Fesyen Musim Bunga 2017: 8 Cara Memakai Korset Yang Trending ini

Ikutkan pemakaian korset tidak mempunyai reputasi yang baik di dalam sejarah fesyen, tetapi tidak seperti versi berbahaya abad ke-18 dan ke-19, trend ini telah kembali pada tahun ini dan semakin boleh diterima untuk dipakai berbanding sebelum ini.

Korset ini boleh digayakan bersama t-shirt,  kain lace-up dan korset versi tali pinggang, terdapat banyak cara untuk memakai aksesori pada tahun 2017. Kami berikan beberapa inspirasi korset pakaian dan gaya yang terbaik untuk dipakai pada musim ini.

#1

Korset lace-up kain satin di pinggang tidak kelihatan menyakitkan seperti gaya korset pada era gaya Victoria dahulu. Tali pinggang korset yang berwarna putih ini dilapiskan dengan baju dress yang longgar dan ia kelihatan sesuai untuk dipakai pada waktu siang mahupun malam.

#2

Memakai korset satin berwarna hitam bersama kemeja butang dan panjang berwarna putih seperti  Gigi Hadid.

#3

 

Selain itu, tali pinggang korset kulit seperti ini juga nampak anggun bersama jaket panjang ini.

#4

Bergaya bersama korset yang labuh ini dilihat dapat memberi kontras yang lebih sempurna bersama t-shirt dan seluar jeans.

#5

Mencuba gaya seperti Kim Kardashian dengan gayakan bralette korset di atas bersama t-shirt. Kemudian anda tambah jaket denim yang besar di luar untuk tambahan.

#6

Selain padankan bersama jaket denim anda juga boleh gayakan dengan jaket musim spring ini bersama korset di dalamnya.

#7

Cuba untuk versi yang lebih halus seperti menggayakannya bersama dress dan tali pinggang korset mini yang lebih sempit daripada korset yang besar.

#8

Gayakan korset kain lebih ini di atas jaket musim bunga anda juga membantu anda kelihatan bergaya.

Sumber: Harpersbazaars

Show More

Related Articles

Back to top button