Sukan

Lukas Podolski Menjaringkan Gol Untuk Penampilan Terakhirnya

Lukas Podolski menjaringkan gol pada penampilan terakhirnya untuk Jerman di Dortmund.

nintchdbpict0003108347081-e1490219211269

Bekas bintang Arsenal melakukan satu tendangan menerjah ke penjuru gol yang dijaga Joe Hart dan menghukum pasukan England kerana gagal memanfaatkan dominasi pada awal perlawanan.

Pasukan ‘baru’ England mengawal permainan untuk sejam yang pertama dengan paparan yang menakjubkan ditunjuk oleh Adam Lallana dan Dele Alli.

nintchdbpict000310828266

Tetapi tendangan Lallana  melantun keluar selepas terkena tiang gol sementara Alli membazirkan peluang keemasan sebelum tamat masa pertama.

Jerman bertambah baik pada separuh masa kedua selepas Southgate membuat pertukaran dan England tewas walaupun beraksi dengan baik.

nintchdbpict000310823741

Perlawanan bermula 5 minit lewat untuk memberikan Lukas Podolski ruang berucap untuk penampilan terakhirnya bersama Jerman.

England bakal bertemu Lithuania dalm Kelayakan Piala Dunia pada 26 Mac ini.

nintchdbpict000310837858

nintchdbpict000310836339

Show More

Related Articles

Back to top button