Isu SemasaKesihatan

Pil Perancang Hamil Mampu Melindungi Wanita Daripada Kanser Untuk 30 Tahun?

Kajian terbaru mendapati bahawa pil perancang kehamilan (kontraseptif) boleh melindungi wanita daripada beberapa jenis kanser selama 30 tahun.

Wanita yang telah menggunakan pil tersebut kurang risiko untuk menghidap kanser usus, kanser endomentrium dan kanser ovari berbanding mereka yang tidak pernah mengambilnya, menurut University of Aberdeen.

Menurut para penyelidik, kajian tersebut juga mengesahkan bahawa pil perancang itu tidak akan meningkatkan risiko kanser di kemudian hari.

Penemuan ini adalah terbitan terkini Kajian Kontrasepsi Oral yang diterbitkan oleh Royal College of General Practitioners pada tahun 1968 untuk mencari kesan pengambilan pil perancang.

Di dalam kajian terkini, penyelidik mengikuti perkembangan 46,000 orang wanita selama 44 tahun.

Dr Lisa Iversen, yang mengetuai kajian itu berkata, manfaat menggunakan pil tersebut semasa tahun-tahun kesuburan wanita akan bertahan selama 30 tahun selepas mereka berhenti menggunakannya.

“Kami tidak menjumpai sebarang bukti risiko kemunculan kanser baru di kemudian hari semasa wanita semakin tua,” katanya.

Ujarnya lagi, hasil kajian yang paling lama dijalankan dalam penggunaan kontraseptif adalah sangat meyakinkan.

Difahamkan, pil perancang berfungsi sebagai penghalang ovulasi dan mengandungi hormon wanita tiruan estrogen dan progesteron.

Ia digunakan oleh kira-kira 3.5 juta orang wanita di Britain.

 

Sumber: Sky News
Show More

Related Articles

Back to top button