Sukan

Vardy Terima Ancaman Bunuh

Jamie Vardy mendedahkan bahawa beliau telah menjadi mangsa Ugutan Bunuh sejak pemecatan kontroversi Claudio Ranieri daripada Leicester City.

nintchdbpict000289101119

Beliau juga memberitahu yang isteri dan anaknya juga menjadi sasaran agresif ketika memandu.

Pemain berumur 30 tahu Leicester itu percaya yang penyokong the Foxes tidak terlibat tentang masalah kebencian yang diterimanya dan keluarganya.

Pemain Leicester dilabelkan Ular di media sosial selepas prestasi mereka jatuh dan berada di zon penyingkiran yang menyebabkan Ranieri dipecat, dengan ramai mengkritik mengatakan mereka tidak lagi berusaha untuk Ranieri.

nintchdbpict000281079845

Vardy mendedahkan kepada BBC “ia amat menakutkan,”

“Saya baca satu cerita yang mengatakan saya secara peribadi terlibat di dalam mesyuarat selepas perlawanan menentang Sevilla yang sebenarnya saya sedang berada di dalam anti-doping untuk 3 jam.

“Kemudian cerita itu tersebar, masyarakat mempercayainya dan awak menerima ancaman bunuh tentang keluarga, anak-anak, kesemuanya.

“Di media social, kamu namakan – ketika berjalan. Secara jujurnya saya terima ia (ugutan bunuh) setiap minggu.”

Vardy berkata yang tiada masalah di antara Ranieri dan pemain Leicester semasa beliau bertugas.

nintchdbpict000241273206

“Tidak, tidak sama sekali. Secara ringkas jika ada masalah awak akan selesaikannya di dalam pejabatnya, man-to-man. Atau awak akan bincangkannya ketika perbincangan taktik, kerana beliau (Ranieri) gembira untuk awak masuk dan memberi pendapata,” kata Vardy.

“Kisah ini agak menyakitkan secara jujurnya. Terlalu banyak tuduhan salah dilemparkan dan tiada apa kami sebagai pemain mampu lakukan.”

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close