Hiburan

Selepas Beauty & The Beast, Power Rangers Pula Mempunyai Babak “Gay”

Beberapa minggu lepas, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan berita bahawa filem yang dinanti-nantikan sejak tahun lepas akan “dibatalkan” tayangannya di Malaysia dan beberapa lagi negara lain.

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini pengarah kepada filem Power Rangers yang bakal ditayangkan pada 23hb March ini, telah pun memberi satu kenyataan yang akan mengejutkan semua peminat-peminat filem tersebut.

power-rangers-movie

Menurut beliau, terdapat salah seorang pelakon dalam filem tersebut yang melakonkan watak gay, atau dalam kes ini lesbian.

Becky G yang membawa watak Ranger Kuning atau nama sebenarnya dalam filem, Trini Kwan, telah didedahkan mempunyai “masalah teman wanita” berdasarkan review-review awal filem itu.

yellow-ranger-haeder

Israelite menyatakan bahawa babak itu merupakan sesuatu yang “pivotal” (sangat penting) untuk filemnya.

“Trini masih belum dapat mengenal pasti siapa dirinya yang sebenar. Apa yang bagi saya menarik tentang babak itu dan apa yang filem itu cuba sampaikan adalah, ‘Semuanya OK.’”

Filem ini menekankan bahawa “ianya ‘tidak mengapa’, dan semua remaja-remaja perlu menerima siapa diri mereka sebenarnya dan cari golongan mereka ”

sabans_power_rangers_dean_israelite_inset

Pelakon asal Ranger Biru sebelum ini, David Yost, yang secara terbuka mengumumkan bahawa dia gay dan meninggalkan franchise Power Rangers pada tahun 1990an, telah memuji inisiatif filem terbaru ini terhadap keterangkumannya.

“Saya rasa filem ini akan meraih banyak sokongan daripada komuniti LGBTQI yang akan menjadi sangat teruja dengan perwakilan itu,” katanya pada wartawan Hollywood.

Awal minggu ini, Lembaga Penapis Filem (LPF) telah meluluskan tayangan filem Power Rangers arahan Dean Israelite dan memberi keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13.

Klasifikasi P13 bermakna penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button