AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Donald Trump Akan Letak Jawatan Tidak Lama Lagi?

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan “membawa dirinya keluar daripada pejabat tidak lama lagi”.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang senator ahli Demokrat, Dianne Feinstein yang berpandangan bahawa Trump patut letak jawatan dengan rela sebelum beliau dipaksa untuk berhenti.

Beliau berkata demikian selepas penunjuk perasaan anti-Trump di Los Angeles ingin tahu mengapa Kongres tidak mengambil tindakan yang cukup untuk memecat presiden berkontroversi itu.

“Kami tahu beliau melanggar undang-undang setiap hari,” kata seorang penunjuk perasaan kepada Feinstein.

Penunjuk perasaan anti-Trump – Sumber: www.americanfreedomunion.com

Ahli protes itu turut menyatakan bahawa Trump secara terang berurusan dengan Rusia dan telah melakukan pelbagai perkara yang bercanggah dengan perlembagaan.

“Bagaimana kita hendak mengeluarkan (memecat) beliau?”, soalnya lagi.

Kemudian Feindstein membalas: “Kami mempunyai ramai pihak yang sedang melihat perkara ini. Saya rasa beliau akan meletak jawatan.”

Merujuk kepada lawatan terbaru dua anak lelaki Trump, Donald Jr dan Eric ke Dubai (mereka membuka kelab golf baru di sana), ahli demokrat veteran tersebut berpandangan itu merupakan satu langkah yang tidak patut dibenarkan kerana perbelanjaan mereka ditanggung oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Feinstein juga berkata, pihaknya sedang merangka beberapa rang undang-undang yang bertujuan untuk menangani konflik kepentingan.

Ahli Demokrat Veteran, Dianne Feinstein – Sumber: www.independent.co.uk

Selain Feinstein, terdapat beberapa individu lain yang turut meramalkan bahawa jutawan hartanah itu akan meletak jawatan dengan rela satu hari nanti.

Michael Moore, pembikin filem berhaluan kiri dan pengulas sosial yang meramalkan Trump akan menang dalam pilihan raya lalu, tersilap dalam ramalannya bahawa ahli Republikan tersebut mungkin akan menarik diri sebelum dilantik secara rasmi sebagai Presiden pada 20 Januari lalu.

Allan Litchmann yang dikenali sebagai “Profesor Ramalan”, pula berpandangan bahawa Trump akan dipecat pada suatu ketika nanti.

Litchmann amat terkenal dengan ‘kelebihannya’ yang luar biasa dalam meramal keputusan pilihan raya. Sejak tahun 1984, ramalan beliau terhadap keputusan bagi setiap pilihan raya terbukti benar.

Dalam sejarah AS, Richard Nixon merupakan satu-satunya presiden negara itu yang meletak jawatan sebelum dikenakan dakwaan berikutan skandal Watergate.

Bekas presiden Andrew Johnson dan Bill Clinton juga didakwa atas kesalahan salah guna kuasa oleh Dewan Perwakilan, namun kedua-dua pemimpin itu telah diselamatkan oleh Senat.

Sumber: Independent UK
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button