Gaya HidupKesihatan

Mengikut Pakar, Ini Berapa Kali Sepatutnya Anda Cuci Kepala

Menurut pakar rambut dan kulit kepala, Lisa Caddy, anda sepatutnya mencuci kepala setiap hari.

Sekiranya anda mempunyai kulit kepala yang berminyak dan hujung rambut yang kering, anda sepatutnya syampu setiap hari untuk menyingkirkan minyak tersebut.

Selain itu, Lisa turut membetulkan tanggapan bahawa dengan menyampu kepala anda setiap hari akan membuat rambut lebih berminyak dengan lebih cepat.

9-20

Menurutnya, telah terdapat beberapa kajian yang membuktikan perkara itu sebenarnya tidak benar.

Tidak kira berapa banyak atau sikit pun anda syampu kepala, kulit kepala anda akan tetap menghasilkan jumlah minyak yang sama.

Jika anda mempunyai masalah kulit kepala yang gatal, lebih kerap anda abai syampu rambut akan membuat keadaan menjadi lebih teruk.

670px-straighten-hair-without-frizz-step-4

AMARAN: Sekiranya anda antara individu yang sering menggunakan ‘perkhidmatan’ alat pelurus rambut selepas syampu rambut, anda dinasihatkan untuk tidak melakukan perkara tersebut setiap hari dan perlu pandai mengimbangi antara syampu dan pelurus rambut.

Dengan jadual harian kita yang sangat sibuk, masih boleh dimaafkan jika anda tidak dapat syampu setiap hari. Tetapi, jangan sampai lebih tiga atau empat hari kerana itu akan menjejaskan rambut anda.

Sumber: goodhousekeeping
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close