Sukan

Kisah Kabus di London

Pada 1945, Arsenal bermain satu perlawanan persahabatan dan ia adalah perlawanan paling aneh dalam sejarah Arsenal.

Arsenal mengadakan perlawanan persahabatan menentang Dynamo Moscow di White Hart Lane pada 1945. Pemain di padang mahu perlawanan itu dibatalkan atas sebab kabus terlalu tebal tetapi pengadil memutuskan untuk meneruskan perlawanan itu.

924664354a6a456306a0716

Kabus ketika itu sangat tebal dan penuh dengan drama. Peraturan tidak diendahkan, setiap pasukan melakukan apa sahaja yang mereka rasa mereka perlu lakukan untuk meneruskan perlawanan hingga tamat.

Pada satu ketika, Dynamo Moscow membuat pertukaran tanpa mengeluarkan pemain yang masih lagi bermain. Penonton yang berada ketika perlawanan itu percaya bahawa pasukan Rusia itu mungkin bermain melebihi 15 pemain pada satu masa.

Arsenal juga memanfaatkan keadaan ketika itu, seorang pemain Arsenal dibuang padang dan dia kembali ke padang dan teruskan bermain tanpa disedari pengadil.

1379132621-277314orig-o

Kabus ketika itu sangat tebal hingga menyebabkan penjaga gol tidak sedarkan diri selepas lari langgar tiang gol. Laporan mengatakan penonton mengambil tempat di sekitar gawang gol sepanjang perlawanan.

Keputusan akhir adalah 4-3 menyaksikan Arsenal tewas yang dimana keputusan itu tidak di ambil berat tetapi cerita itu akan terus menjadi kisah bualan Arsenal.

Show More

Related Articles

Back to top button