Bisnes & EkonomiPolitikTempatan

Dasar Ekonomi Baru (DEB): Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dan ia adalah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) diwujudkan, di mana ia juga berterusan selama tempoh 20 tahun.

13-mei-19691
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 – Sumber: mya-coretanharian.blogspot.com

Tragedi berdarah 13 Mei 1969 adalah rusuhan diantara kaum yang telah mengorbankan banyak nyawa dan juga harta benda. Ia adalah satu titik hitam dalam sejarah tanah air kita.

Antara punca utama yang mencetuskan rusuhan tersebut adalah atas faktor kemiskinan yang terlalu ketara mengikut kaum.

Oleh itu, satu dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak pada tahun 1971.

Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak – Sumber: dkmpnspm.blogspot.com

Dasar Ekonomi Baru ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dan intergrasi nasional melalui strategi serampang dua mata:

  • Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
  • Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Matlamat utama dasar ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, dan sebagainya.

DASAR ‘PECAH DAN PERINTAH’ (DIVIDE AND RULE)

article-2082527-0f59e29900000578-175_634x554
Penjelasan Divide And Rule – Sumber: http://www.dailymail.uk.com

Dalam pada itu, jurang perbezaan dari aspek ekonomi dan sosial di antara kaum di Malaysia sering kali dikaitkan dengan dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) yang diperkenalkan oleh penjajah British ketika era penjajahan mereka di Tanah Melayu.

Mengikut sejarah, pihak penjajah British melaksanakan dasar ini di atas dua kemungkinan:

  •  Penjajah British melakukan ini dengan sengaja untuk memisahkan semua kaum untuk mengelak dan menyekat sebarang usaha gabungan yang boleh menyumbang kepada penentangan terhadap mereka.
  • Mereka perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah supaya penduduk peribumi tidak meninggalkan aktiviti pertanian. 

KESAN DASAR ‘PECAH DAN PERINTAH’

cover-british
Gambar sekadar hiasan – Sumber: maruwiah.com

1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.

2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.

3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.

Oleh kerana masyarakat Melayu, Cina, dan India ditempatkan dalam kawasan dan bidang yang berlainan, maka tidak wujud sebarang interaksi antara tiga kaum utama ini.

Melalui dasar ini, penjajah British telah berjaya menanamkan sifat prasangka di dalam diri mereka lalu mewujudkan jurang besar yang akhirnya menyumbang kepada rusuhan dan perpecahan kaum.

MEMBASMI KEMISKINAN MELALUI DEB

deb
Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.seasonsali.blogspot.my

Kemiskinan telah menjadi faktor utama yang menyumbang kepada perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat, dan senario ini berlaku di bandar dan juga luar bandar.

Memandangkan kadar kemiskinan sangat ketara perbezaannya mengikut kaum, isu ini telah menggugat perpaduan negara.

Sehubungan itu, kadar kemiskinan yang tertinggi dicatat adalah dikalangan orang Melayu kerana hanya tertumpu dalam aktiviti pertanian tradisional.

Berikut adalah rancangan yang telah dirangka untuk menangani masalah ini:

1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

2. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

3. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor lebih lumayan. 

4. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. 

5. Memodenkan kehidupan luar bandar.

6. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

7. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

8. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sebagainya. 

PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Gambar sekadar hiasan – Sumber: kesejarahkekita.blogspot.com

Kerajaan berhasrat agar menjelang tahun 1990, pemilikan saham/ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara kita.

Penyertaan Bumiputera adalah sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% lagi adalah dari kalangan pelabur-pelabur luar negeri.

Berikut adalah dasar-dasar Malaysia untuk merealisasikan matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru melalui beberapa strategi tertentu:

1. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.

2. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

3. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

4. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.

5. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

PENUTUP

pix_gal1-600x320
Gambar sekadar hiasan – Sumber: http://www.themalaysiantimes.com.my

Selepas tamat tempoh 20 tahun, dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991.

Walaubagaimanapun, ini adalah bukti bahawa DEB memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan segala matlamatnya sekali gus dapat memperbaiki taraf hidup dan meningkatkan ekonomi masyarakat berbilang kaum.

Segala usaha yang telah dilakukan melalui DEB telah berjaya menghapuskan jurang di antara kaum dan membawa seribu satu kebaikan kepada masyarakat dan juga negara.

Sumber: PMO
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker