Hiburan

5 Cerita Menarik Disebalik Logo-Logo Studio Hollywood

Bila kita tonton filem-filem dari produksi studio Hollywood, perkara pertama yang ditunjuk adalah logo-logo mereka. Apa yang anda tidak tahu adalah, terdapat beberapa cerita menarik disebalik logo-logo tersebut.

  1. DreamWorks

1-osyowvc2o5emx_cawpe0zg

DreamWorks adalah hasil daripada tiga orang pengarah yang cukup terkenal, Steven Spielberg, pengarah Disney Jeffrey Katzenberg, dan David Geffen. Syarikat ini terkenal dengan logo mereka yang menggambarkan seorang budak lelaki memancing di atas bulan.

Tetapi, mengikut rancangan asal mereka, mereka mahukan seorang lelaki dewasa. Apabila mereka meminta  pelukis Robert Hunt untuk melakar imej tersebut, Hunt telah menggunakan anak beliau sebagai inspirasinya. Ya, budak lelaki yang memancing di atas bulan itu sebenarnya sebuah ilutrasi anaknya iaitu William Hunt.

  1. Paramount Pictures

paramount-pictures-logo

Dicipta pada tahun 1912 oleh Adolphe Luca dan adik beradik Froman. Logonya direka oleh pelukis William Hodkinson, yang mengambil gunung Ban Lomond di Utah di mana dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya, sebagai inspirasi.

Pada asalnya, logo pertama syarikat ini mempunyai 24 bintang di kelilingnya bagi menggambarkan kesemua 24 pelakon yang pada ketika itu mempunyai kontrak dengan syarikat tersebut. Kini, hanya ada 22 bintang dan tiada siapa tahu mengapa sebabnya.

  1. Colombia Pictures

maxresdefault

Pada asalnya, logo Colombia Pictures adalah sangat berbeza dengan apa yang boleh dilihat sekarang. Pada suatu ketika dahulu, logo yang asal mempunyai seorang model wanita yang memakai bendera Amerika di bahunya dan mempunyai mahkota di kepala. Kini, logo yang sering dilihat sekarang telah dibaik pulih pada tahun 1993 selepas syarikat ini dibeli oleh Sony. Logo tersebut dibaiki oleh Michael Diaz.

  1. Metro Goldwyn Mayer

d

Pada tahun 1924, seorang penulis lirik di Amerika telah mencipta sebuah logo untuk syarikat ini yang menggambarkan seekor singa mengaum. Kemudian, pada tahun 1957, mereka akhirnya menggunakan Leo, singa yang kita sering nampak pada awal-awal permulaan sebuah filem hasil syarikat ini.

Untuk pengetahuan anda semua, tiada seekor singa pun yang dicederakan untuk mendapatkan hasil logo tersebut, oleh itu, jangan cepat percaya dengan apa-apa khabar angin yang anda dengar.

  1. Walt Disney Company

maxresdefaulte

Syarikat ini ditubuhkan oleh dua adik-beradik iaitu, Walt dan Roy Disney pada tahun 1932. Kita tahu yang logo Disney sangat terkenal dengan gambaran istana mereka.

Pada mulanya, istana yang mereka gunakan adalah istana Neuschwanstein atau New Swanston iaitu sebuah istana Romanesque Revival pada abad kesembilan yang terletak di atas bukit sebuah perkampungan di Hohenschwangau, Germany.

Kini, gambaran istana yang mereka gunakan sekarang ini merupakan sebuah istana dari cerita Cinderalla.

 

Tags
Show More

Related Articles

Check Also

Close
Back to top button