Isu SemasaTeknologi

Kelakuan ‘Gamers Milenium’ Masih Tidak Matang?

Seorang pensyarah di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura berkongsikan pengalamannya yang gemar bermain video game pada hujung minggu kerana ia membolehkannya berinteraksi dengan pelbagai pemain dari serata dunia.

Bekerjaya sebagai seorang ahli sejarah dan penganalisis politik, Profesor Madya S. Rajaratnam gemar menghabiskan hujung minggunya dengan game berunsurkan fantasi di alam maya.

Merasakan video game  ini dapat mendekatkan dirinya dengan dunia dengan perlawanan persahabatan di alam maya ternyata telah menjadi sebuah medan ketaksuban yang tidak terkawal, dengan unsur perkauman dan penyebaran xenofobia (tidak suka orang daripada negara lain) yang akhirnya menyebabkan beliau beralih ke sebuah game yang berunsurkan sejarah yang sehingga kini menjadi video game kegemarannya.

piratevideogame

Simulator pelayarannya yang sangat real telah membuatkannya terlibat dengan game tersebut dengan mendalam sehingga pereka game itu telah mempelawanya menjadi salah seorang moderator di dalam laman rasmi untuk para peminat.

Namun, sekali lagi beliau dikejutkan dengan fenomena pemain berkelompok berdasarkan budaya bangsa dan dalam beberapa kejadian xenofobia akan muncul.

Malahan pertanyaan dan perbincangan daripada kelompok remaja sehingga belia awal 20-an ini kebanyakannya akan memberi cadangan atau persoalan yang tidak berapa masuk akal seperti “Kenapa kapal saya tidak boleh mengundur” (sedangkan game ini berlatarkan zaman kurun ke-19) sehingga permintaan untuk menambahkan unsur raksasa ke dalam game tersebut.

Menurut Rajaratnam lagi, melalui pengalamannya sebagai moderator game ini, terlintas di fikiran beliau bahawa pemain muda ini tidak memahami dan menghargai sejarah yang diwujudkan dalam game ini. Pemain muda hanya fikirkan elemen fantasi yang lebih “mencabar” dan “seronok”.

heroonline7

Apa yang lebih mengejutkan ialah jumlah pemain yang mahukan tips untuk menggodam game tersebut supaya mereka sentiasa menang yang sudah sememangnya bakal menyingkirkan unsur risiko dan cabaran sebagai seorang gamer.

Rajaratnam berkata ini sedikit sebanyak menggambarkan keadaan dunia kita sekarang. Di mana generasi yang tidak dilahirkan dalam dunia sosial media dan gajet canggih selalu menganggap game adalah sukan menggunakan fizikal di mana akan ada kalah dan menang dan penipuan (cheating) adalah sesuatu kesalahan yang besar manakala sesiapa yang bermain kasar atau tidak adil wajar dihukum.

Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak mahu membandingkan dua generasi ini tetapi melalui pengalamannya ini, beliau mendapati dunia game ini adalah sebuah medan yang patut dikaji dan dianalisis tentang kelakuan manusia.

Sumber: Asia News Network

 

Show More

Related Articles

Back to top button