Gaya HidupPercutian

Orang Asia Lebih Memilih Negara Jiran Untuk Bercuti Pada 2017

Sebuah kaji selidik telah mendapati lima destinasi pilihan orang Asia pada tahun 2017 berada di sekitar Asia. Tidak ada satu pun negara barat mendahului kedudukan tersebut.

Kajian di atas talian yang dijalankan sebuah portal percutian, Travelzoo mendapati 7,680 pelancong yang kebanyakannya adalah daripada China, Japan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura telah memilih destinasi yang lebih dekat dengan rumah mereka.

Jepun menjadi destinasi teratas para pelancong pada tahun 2017 terutamanya pelancong dari China, Hong Kong dan Singapura. 1608_special_toto_main

22% pelancong China yang bercadang untuk melawat Jepun pada tahun ini adalah pelancong yang pernah mengunjungi Jepun.

Manakala negara kangaru, Australia menjadi destinasi pilihan kedua kerana sebanyak 65% pelancong China mengambil kira tentang keselamatan sebagai faktor utama memilih destinasi pelancongan.

Sydney Opera House and FerryHampir 80% daripada pelancong ini akan melancong bersama keluarga. Oleh sebab itu, faktor keselamatan adalah amat penting bagi mereka dan mereka tidak mahu memilih destinasi yang berkemungkinan diancam oleh teroris.

Bagi pelancong China, 70% daripada mereka sudah merancang percutian mereka untuk ke luar negara sebanyak lebih dua kali setahun. Ini menunjukkan kenaikkan sebanyak 10%.

Peningkatan sebanyak 5% peratus juga dapat dilihat oleh pelancong dari Hong Kong di mana 30% daripada jumlah pelancong Hong Kong telah merancang untuk melancong lebih empat kali pada tahun ini.

Generasi milenium didapati mendominasi industri pelancongan ini. Kebanyakan daripada mereka sudah berkahwin malah mempunyai anak. Oleh itu, mereka lebih gemar memilih destinasi yang berpantai dan bermatahari.

Di sebalik pergolakan ekonomi tahun 2016, kita masih melihat peningkatan pelancongan dalam negara Asia.

Pelancong China juga telah meningkatkan bajet percutian mereka dengan purata USD2,040 (RM9082) untuk suatu perjalanan.

Ianya sebuah peningkatan sebanyak 10% berbanding tahun lalu. Ini menunjukan industri pelancongan semakin kukuh di kalangan negara Asia terutamanya China.

Sumber: AFP

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close