AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Laporan PBB: Israel Tubuhkan ‘Rejim Aparteid’ Untuk Menindas Rakyat Palestin

Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerbitkan satu laporan yang menyimpulkan bahawa Israel menubuhkan rejim aparteid yang menganiaya dan mendominasi rakyat Palestin secara menyeluruh.

Jurucakap Kementerian Luar Israel menyamakan laporan yang diterbitkan oleh Pesuruhjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia Barat PBB (ESCWA), dengan Der Sturmer – iaitu sebuah propaganda terbitan Nazi yang mempunyai unsur anti-semitik yang kuat.

Israel juga menolak sekeras-kerasnya segala tuduhan yang sering ditujukan oleh pengkritik terhadap mereka.

Menurut Setiausaha Agung PBB dan Setiausaha Ekesekutif ESCWA, Rima Khalaf, laporan tersebut adalah yang pertama daripada badan PBB yang “secara jelas dan terus terang menyimpulkan bahawa Israel adalah wilayah yang rasis dan menubuhkan sistem aparteid yang menganiaya rakyat Palestin”.

ESCWA terdiri daripada 18 wilayah Arab di Asia Barat dan ia bertujuan untuk menyokong pembangunan ekonomi dan sosial di negara-negara anggotanya dan laporan itu diterbitkan atas permintaan mereka.

Namun, seorang jurucakap PBB, Stephane Dujarric, menegaskan bahawa laporan tersebut diterbitkan tanpa berunding terlebih dahulu bersama sekrateriat PBB.

“Laporan itu tidak mencerminkan pandangan setiausaha agung (Antonio Guterres),” kata Dujarric, sambil menambah bahawa ia hanya mencerminkan pandangan penulis-penulis yang terlibat.

Memetik laporan Reuters, Amerika Syarikat sebagai sekutu Israel, meluahkan perasaan marah terhadap laporan itu.

Menerusi laman Twitter, jurucakap Kementerian Israel, Emmanuel Nahshon, juga menyatakan bahawa laporan berkenaan tidak disahkan oleh setiausaha agung PBB.

Berdasarkan laporan itu, ia telah diterbitkan dengan “asas siasatan ilmiah dan bukti kukuh, bahawa Israel berasalah atas jenayah aparteid.”

“Walau bagaimanapun, hanya keputusan oleh tribunal antarabangsa berhubung perkara itu akan membuat penilaian yang berwibawa,” katanya.

Kata laporan itu lagi, pemecahan strategik rakyat Palestin merupakan kaedah utama yang digunakan oleh Israel untuk mengenakan aparteid, dengan memisahkan rakyat negara itu kepada empat kumpulan yang ditindas dengan “undang-undang yang berbeza, dasar dan amalan.”

Ia mengenal pasti empat set rakyat Palestin sebagai: rakyat Palestin Israel; rakyat Palestin di Timur Jerusalem; rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jalur Gaza; serta rakyat Palestin yang hidup sebagai pelarian atau dibuang negeri.

ESCWA berharap agar laporan itu akan memaklumkan perbincangan lanjut tentang punca masalah di PBB serta dalam kalangan anggota negara dan juga masyarakat, ujar Khalaf.

Laporan tersebut ditulis oleh Richard Falk, bekas penyiasat hak asasi manusia PBB bagi wilayah Palestin, dan Virginia Tilley, profesor sains politik di Southern Illinois University.

Sebelum meninggalkan jawatannya pada tahun 2014, Falk berkata, dasar Israel mempunyai ciri-ciri kolionalisme yang tidak boleh diterima, aparteid dan juga pembersihan etnik.

Namun, Amerika Syarikat kemudian menuduh beliau berat sebelah terhadap Israel.

Sumber: Reuters

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker