Sukan

Leicester Mara Ke Suku Akhir Selepas Menewaskan Sevilla

Leicester City menulis kisah menarik mereka sendiri selepas mereka berjaya mengubah defisit perlawanan pertama yang menyaksikan mereka menewaskan Sevilla dan mara ke suku akhir Liga Juara Juara di King Power Stadium.

The Foxes kelihatan bermasalah selepas kekalahan 2-1 pada perlawanan pertama di Spain dan menyebabkan pemecatan Claudio Ranieri – pengurus yang membimbing mereka untuk ke perlawanan ini selepas memenangi Liga Perdana 9 bulan lepas.

nintchdbpict000308896311-e1489527210402

Leicester membuka tirai jaringan dahulu, pada minit ke-26 ketua pasukan Wes Morgan yang menendang masuk hantaran sepakan percuma daripada Riyad Mahrez yang meletakkan Leicester dihadapan.

The Foxes berjaya bertahan sehingga tamat babak pertama. Bermula babak kedua, Sevilla yang kelihatan terdesak bermula garang dengan beberapa percubaan merbahaya menerusi Wissam Ben Yedder.

Aksi yang menakjubkan ditunjuk oleh penjaga gawang Leicester, Kasper Schmeichel selepas beliau menyelamatkan percubaan merbahaya Sevilla daripada menerjah gawangnya.

nintchdbpict000308909832-e1489527431791

nintchdbpict000308907965

Walaubagaimanapun, the Foxes kemudiannya seperti di alam mimpi selepas Albrighton menggandakan kelebihan mereka selepas merembat masuk berpunca daripada kesilapan pemain Sevilla.

nintchdbpict0003089104121-e1489527518227

Kemudian perlawanan dicemari, menyaksikan Nasri dibuang padang selepas menanduk Jamie Vardy selepas ditolak oleh pemain Leicester itu.

nintchdbpict000308910754

Tetapi drama berterusan apabila Schmeichel menghadiahkan sepakan penalti selepas menjatuhkan Vitolo dengan 10 minit sahaja lagi perlawanan.

nintchdbpict0003089107471

Tetapi Schmeichel membuat halangan yang kemas dan menafikan sepakan Steven N’Zonzi.

Perlawanan berkesudahan 2-0 (3-2 aggregate) berpihak kepada Leicester City.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button