Gaya HidupKesihatan

4 Tips Rawatan Di Rumah Untuk Kaki Yang Terseliuh

Kaki anda terseliuh dan tak pasti apa yang perlu dilakukan untuk cepat baik? Boleh cuba empat tips rawatan di rumah untuk mempercapatkan proses penyembuhan kaki terseliuh itu.

  1. Ais

Gunakan ais sebanyak boleh bagi membantu mengurangkan bengkak, keradangan dan kesakitan. Ais dapat membantu memberhentikan pendarahan dari ligamen yang koyak. Ais hendaklah digunakan di kawasan yang terjejas selama 48 hingga 72 jam selepas kecederaan.

Cara-caranya:

Balut kira-kira secawan ketulan ais di dalam tuala.  Letakkan di kawasan yang cedera selama 15 hingga 20 minit. Ulangi langkah ini setiap dua hingga tiga jam.

Jika anda tidak mempunyai ais sedia ada, anda boleh mengantikannya dengan pek sayur-sayuran yang beku.

NOTA: Jangan sekali-kali letakkan ais secara langsung di atas kulit kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kulit.

  1. Bawang putih

Bawang putih juga boleh digunakan untuk cepat melegakan pelbagai gejala terseliuh. Oleh kerana ciri-cirinya anti-radang, bawang putih boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan.

Cara-caranya :

Campurkan satu sudu jus bawang putih dan dua sudu makan minyak kelapa hangat. Perlahan-lahan gosokkan di kawasan yang terjejas. Biarkan selama setengah jam dan kemudian cuci kawasan tersebut dengan air suam. Gunakan ubat ini tiga atau empat kali sehari selama beberapa hari sehingga buku lali anda sembuh sepenuhnya.

Sebagai alternatif, campurkan satu sudu teh minyak bawang putih dan satu sudu teh minyak badam. Urut di kawasan yang terjejas dengan campuran itu selama dua atau tiga kali sehari. Ulangi setiap hari sehingga anda pulih sepenuhnya. Penawar ini juga boleh digunakan untuk merawat artritis dan sakit sendi.

  1. Bawang Besar

Oleh kerana ia mempunyai ciri-ciri anti-keradangan, bawang sering digunakan untuk merawat kaki terseliuh, arthritis dan sakit sendi. Bawang sebenarnya boleh membantu mengurangkan kesakitan, bengkak dan keradangan.

Cincangkan satu bawang besar dalam kepingan yang kecil. Letakkan di dalam kain kasa dan ikat dengan getah. Letakkan kain kasa pada kawasan yang terseliuh untuk sekurang-kurangnya dua jam. Ulangi seperti yang diperlukan untuk mengurangkan kesakitan.

Sebagai alternatif, letakkan bawang di dalam peti sejuk selama dua jam. Potong bawang menjadi kepingan kecil dan kemudian letakkan sedikit garam. Sapukan campuran di buku lali yang bengkak dan balut dengan pembalut elastik. Gantikan pembalut dengan yang baru setiap tujuh hingga lapan jam. Lakukan sebanyak satu hingga dua hari bergantung kepada kadar pemulihan anda.

      4. Kubis

Kubis juga mempunyai ciri anti-radang dan sering kali dijadikan ubat untuk merawat terseliuh yang biasa. Kubis sering digunakan untuk mengurangkan bengkak, terseliuh dan juga patah tulang. Ia juga kaya dengan vitamin dan fitonutrien yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Cara-caranya :

Koyakkan daun luar kubis kemudian lenyekkan daun kubis supaya jusnya boleh dikeluarkan.

Balut daun kubis dalam foil dan kemudian panaskannya di dalam ketuhar. Daun tersebut mestilah dalam suhu yang hangat tetapi tidak terlalu panas.

Seterusnya, letakkan daun kubis panas pada bahagian yang sakit dan balut bersama kain kasa. Bungkuskan bersama plastik untuk mengekalkan kehangatan. Biarkan selama setengah jam. Anda boleh lakukan proses ini dua kali sehari selama dua hari.

Sumber: top10homeremedies

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button