AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Pilihan Raya Belanda: Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Pada hari Rabu esok (15 Mac 2017), Belanda akan mengadakan pilihan raya untuk melantik perdana menteri baharu.

Pilihan raya kali ini adalah antara yang ‘terhangat’ kerana seluruh dunia memberi tumpuan terhadap terhadap calon anti-Islam dari parti Kebebasan, Geert Wilders yang sangat aktif berkempen untuk mengenakan sekatan terhadap masyarakat muslim di negara itu.

Di sini, kami bawakan kepada anda beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang pilihan raya Belanda.

PARTI-PARTI YANG BERTANDING

Sebanyak 28 parti politik akan bersaing untuk membentuk kerajaan Belanda yang baru. Persekitaran politik di negara itu juga tidak berapa kuat dan ia adalah berladaskan perwakilan berkadar.

Ini bermakna, parti-parti yang menang perlu menubuhkan kerajaan campuran.

Parlimen Belanda mempunyai 150 buah kerusi parlimen dan ia memerlukan sekurang-kurangnya 76 kerusi untuk menubuhkan kerajaan.

Difahamkan, pembentukan kerajaan baru mungkin memerlukan gabungan 4 hingga 6 buah parti politik yang berlainan.

Berikut adalah 5 parti utama yang dijangka akan merebut kerusi terbanyak di parlimen:

1. VVD – PARTI LIBERAL (40 KERUSI)

rutte
Sumber: www.ibtimes.co.uk

 Diketuai oleh Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, parti Liberal ini meraih majoriti dalam kerajaan negara itu sejak tahun 2012 lagi.

2. PvdA – PARTI BURUH (35 KERUSI)

download
Sumber: www.dutchnews.nl

Parti Buruh dipimpin oleh Lodewijk Asscher, iaitu Timbalan Perdana Menteri masa kini, namun beliau menerima kritikan berikutan tindakan beliau yang melaksanakan langkah penjimatan negara dalam keadaan ekonomi yang buruk.

3. SP – PARTI SOSIALIS (15 KERUSI)

Dutch Socialist party leader Emile Roemer at the start of his party campaign in Arnhem.
Sumber: links.org.au

Diterajui oleh Emile Roemer, parti Buruh memberi tumpuan terhadap dasar-dasar termasuk penjagaan kesihatan yang berpatutan.

4. CDA – PARTI TINDAKAN DEMOKRAT KRISTIAN (13 KERUSI)

cda
Sumber: en.wikipedia.org

Sybrand van Haersma Buma mengetuai parti Christian Democratic Appeal dan baru-baru ini, mereka cuba mengikuti calon PVV berkontroversi, Geert Wilders dalam menyuarakan matlamat mereka untuk melakukan pembaharuan dalam Kesatuan Eropah (EU).

5. PVV – PARTI KEBEBASAN (12 KERUSI)

Sumber: www.west-info.eu

PVV diketuai oleh Geert Wilders, seorang ahli politik anti-Islam yang aktif berkempen untuk mengenakan pelbagai sekatan terhadap masyarakat Muslim di negara itu sekiranya beliau berkuasa.

TINJAUAN PILIHAN RAYA

Tinjauan pilihan raya, Peilingwijzer menunjukkan bahawa golongan Liberal kini mendahului dan dijangka akan menang 23-27 kerusi di parlimen.

Sebelum ini, Wilders berada di kedudukan tertinggi, namun momentum beliau semakin hilang pada minggu terakhir sebelum pilihan raya.

Namun, partinya dijangka akan berada di tempat kedua dengan meraih antara 21 hingga 25 kerusi.

Parti Christian Democratic Appeal akan berada di tempat ketiga dengan 18-20 kerusi, diikuti parti Demokrat 66 (17-19), Parti Hijau (15-17), Parti Sosialis (14-16) dan Parti Buruh (11-13).

Berdasarkan tinjauan ini juga, sekurang-kurangnya 5 buah parti perlu bergabung untuk meraih 76 kerusi di parlimen bagi membentuk kerajaan campuran.

HARI MENGUNDI 

Rakyat Belanda akan keluar mengundi pada hari Rabu, 15 Mac. Waktu mengundi akan tamat pada jam 9 malam waktu tempatan.

KEPUTUSAN

Keputusan pilihan raya akan dikira dan diumumkan sepanjang malam. Pemenang dijangka akan diketahui seawal jam 5 atau 6 pagi waktu tempatan.

Walau bagaimanapun, ia mungkin akan memakan masa beberapa hari, berminggu-minggu atau berbulan-bulan bagi parti-parti politik untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Sumber: CNBC

 

Show More

Related Articles

Back to top button