AntarabangsaIsu Semasa

Hunger Games Bakal Menjadi Satu Rancangan Realiti Di Rusia

Sekiranya anda peminat setia buku atau filem Hunger Games semua adegan dalam filem tersebut akan menjadi satu realiti kerana seorang jutawan Rusia akan mengadakan program realiti televisyen berkonsepkan filem itu.

Program realiti yang akan bermula pada bulan Julai itu dikatakan tidak akan ada sebarang campur tangan daripada pihak produksi sekiranya berlaku sebarang situasi yang mencemaskan seperti pergaduhan, dirogol, dan dibunuh sekalipun.

Namun begitu, mereka yang terbukti melakukan kesalahan tetap akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang Rusia.

russian-hunger-games-style-contest

Ia akan diadakan di sebuah kawasan terpencil di Pulau Siberia yang biasanya akan mencecah suhu serendah negatif 50 darjah Celsius pada musim sejuk.

Mereka hanya akan dibekalkan dengan sehelai baju sejuk dan sebilah pisau untuk meneruskan hidup sepanjang tempoh Sembilan bulan program berlangsung.

russia-hunger-games-2

Walaupun telah terpalit dengan pelbagai kontroversi, rancangan tersebut tetap mendapat sambutan daripada peserta yang tergolong daripada ejen perisik, pekerja profesional, jurulatih renang, dan beberapa lagi peserta lain.

Apa yang lebih menggerunkan, walaupun kemungkinan untuk para peserta diserang oleh beruang, serigala dan haiwan buas lain adalah tinggi, tetap tidak akan memberhentikan rakaman.

Walau bagaimanapun, pihak produksi telahpun memadam semua peraturan yang membenarkan segala perbuatan yang termasuk membunuh, rogol, arak, bergaduh dan membunuh.

Menurut Yevgeny Pyatkovsky yang merupakan pengasas kepada program tersebut, mereka tetap tidak akan campur tangan sekiranya kejadian seperti itu tetap berlaku.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button