Hiburan

Teori ‘Frozen’ Dan ‘Tarzan’ Ini Pasti Akan Mengejutkan Anda

Disney selama ini telah berkali-kali menarik hati penonton dengan filem animasinya.

Salah satu filemnya Frozen sehingga kini masih menjadi perbualan orang ramai, terutamanya dari golongan si kecil.

Dalam kebanyakan teori yang muncul tentang filem ini, terdapat satu teori yang telah pun disahkan kebenarannya oleh Chris Buck, pengarah Frozen sendiri.

Seperti yang kita tahu berdasarkan filem animasi tersebut, kedua-dua ibu bapa Anna dan Elsa maut dalam insiden di mana kapal yang mereka gunakan untuk belayar telah musnah dipukul ombak.

rs_560x250-140320143117-frozentangled4 tumblr_inline_nsc0gumw4m1qjz56b_500

Tetapi, menurut Chris dalam sebuah temu-ramah, ibu bapa dua beradik diraja itu sebenarnya tidak terkorban di atas kapal tersebut.

Malah, raja dan permaisuri Arendell, bersama dengan bayi lelaki mereka yang baru lahir telah terselamat di sebuah hutan dan telah membina sebuah rumah pokok di situ sebelum mereka maut dibaham oleh harimau.

rs_560x308-140403142933-1024-frozen-tarzan-ls_-4314-1439230659

Adakah peristiwa trajedi ini mengingatkan anda tentang satu lagi kejadian lain? – Ya, itu lah apa yang terjadi pada ibu bapa Tarzan semasa dia kecil dahulu.

Maknanya di sini, teori yang mengatakan bahawa Tarzan adalah adik lelaki kepada Elsa dan Anna adalah tepat sekali!

frozen-disney

Mengejutkan bukan? Walaupun filem “Frozen” dan “Tarzan” tidak ada kaitan secara rasminya, kedua-dua peristiwa yang menyayat hati itu mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati semua peminat filem animasi tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button