Sukan

“Lived it. Loved it. Farewell beautiful game.”

3e1a437100000578-4296854-image-a-42_1489058536846

Pemain tengah Bayern Munich Xabi Alonso akan bersara pada musim panas ini.

Bekas pemain pasukan kebangsaan Spanyol, 35, rancang untuk bersara dan menghantar mesej di Twitter-nya pada Khamis: “Lived it. Loved it. Farewell beautiful game.”

Bayern Munich mengesahkan Alonso akan bersara pada musim panas ini, dan pemain itu memberi tahu FC Bayern.tv live : “Ia bukan keputusan yang mudah, tetapi saya percaya sudah tiba masanya. Saya selalu terfikir akan berhenti lambat laun. Saya masih rasa baik, tetapi saya percaya ini adalah waktu yang tepat.

Saya ingin tamatkan kerjaya di peringkat yang tinggi, dan Bayern adalah peringkat tertinggi. Saya amat bangga dan gembira dapat bermain untuk FC Bayern dan menjadi sebahagian daripada keluarga ini.”

CEO Bayern Karl-Heinz Rummenigge menambah: “FC Bayern ingin berterima kasih seorang pemain bola dan seseorang yang baik kerana mewakili FC Bayern ke standard yang tinggi kedua dalam dan luar padang.

“Xabi Alonso adalah menanjubkan dalam dunia bola sepak. Dia telah menang semuanya yang beliau perlu dalam kerjayanya. Dia sangat seorang yang baik, dan seorang budiman di dalam permainan.”

Kerjaya Alonso bermula dengan Real Sociedad dan berhijrah ke Liverpool pada 2004, di mana dia menang Liga Juara-Juara 2005 dan Piala FA 2006.

Dia kemudian ke Real Madrid pada 2009, memenangi La Liga 2011-12, Liga Juara-Juara 2014 dan Copa del Rey.

Dia menyertai Bayern pada 2014 dan memenangi Bundesliga pada 2 musim-nya bersama dan juga DFB Pokal musim lepas.

nintchdbpict000195225040

Dia juga terlibat dengan kejayaan pasukan Spain, memenangi Piala Dunia 2010 dan Juara Eropah 2008 dan 2012 sebelum bersara dari pasukan kebangsaan pada 2014.

“Saya sudah alami sangat banyak sebagai pemain bersama Real Sociedad, Liverpool, Real Madrid and Bayern Munich,” kata Alonso. “Mereka adalah pasukan yang baik. Dan semestinya, dengan pasukan kebangsaan Sepanyol. Saya tidak pernah terfikir saya dapat mengalami kerjaya yang bagus, dan saya harap akan ada yang lebih akan tiba sebelum ia berakhir.”

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker