Sukan

Zlatan Ibrahimovic dan Tyrone Mings Menunggu Laporan Pengadil kepada FA

“Apa yang terjadi di dalam padang, kekal di dalam padang,” kata penyerang Manchester United

“Dengar, apa yang terjadi di dalam padang kekal di dalam padang. Saya bukan seorang yang menyerang seseorang di luar padang,” kata Ibrahimovic.

“Kamu ada TV, kamu boleh lihat. Saya melompat tinggi dan dia (Mings) melompat ke arah siku saya. Ia bukan niat saya untuk mencederakan seseorang.”

tyrone-mings-ibrahimovic-1488644671382

Mings dilihatkan memijak Ibrahimovic di bahagian kepala menggunakan kaki kirinya pada separuh masa pertama dan penyerang Sweden itu kemudian kelihatan menyiku yang seperti menampakan aksi tindak balas ke atas insiden beliau (Ibrahimovic) dipijak.

Tetapi Ibrahimovic berkata: “Saya tidak tahu mengenai insiden pijak di kepala. Jika ianya beliau, ianya beliau.”

Wayne Rooney yang berada di tempat insiden berkata: “Saya tidak rasa pengadil nampak apa yang Tyrone Mings cuba lakukan dan memijak kepala Zlatan,” Ronney memberitahu.

“Dalam bola sepak ia adalah salah. Semua orang akan melakukan terjahan, tetapi cuba untuk memijak kepala seseorang pemain itu salah.

“Tiada tempat untuknya dan saya yakin akan ada hukuman untuk tindakannya itu selepas perlawanan.”

Mings memberitahu yang dia tidak sengaja memijak kepala Ibrahimovic. “Tidak sama sekali. Saya tidak akan melakukannya. Itu bukan cara permainan saya,” katanya. “Keras dan adil adalah cara saya menerjah, tetapi dalam keadaan tanpa bola ia bukan sebahagian permainan saya.”

nintchdbpict000306598923

Terhadap insiden Ibrahimovic menyikunya, Mings berkata: “Ia mungkin belaku penyikuan apabila bola tiba. Saya tidak nampak, tetapi saya merasakannya.”

Kedua-dua pemain tidak dilayangkan kad merah oleh Kevin Friend (pengadil perlawanan) terhadap insiden memijak dan menyiku tersebut.

Namun FA England akan dijangka melakukan pengadilan retrospektif dan kedua-dua pemain berkemungkinan besar akan dikenakan penggantungan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker