Gaya HidupHiburan

Adiwiraku: Sebuah Filem Inspirasi Buat Golongan Belia

Sekiranya anda memerlukan bimbingan untuk menajamkan kemahiran anda dalam mengguna bahasa Inggeris, filem ini pastinya akan menjadi tiang bagi semangat baru anda.

Menurut Eric Ong, pengarah kepada filem Adiwiraku ini, filem ini menitik beratkan nilai dalam mempercayai diri anda sendiri dan tidak mengharap bantuan daripada insan lain untuk menjadi hero anda.

Sebaliknya usaha itu perlu mula dari diri anda sendiri dan berhenti merungut.

Adiwiraku merupakan sebuah kisah benar tentang perjuangan seorang cikgu yang bernama Cheryl Ann Fernando dalam mendidik anak muridnya untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

xavier-fong-sangeeta-adiwiraku-e1484212811241

Beliau yang sebelum ini bertugas di SMK Pinang Tunggal di Sungai Petani, Kedah itu berkata yang sebahagian daripada anak muridnya tidak boleh membaca dan menulis.

Namun, daripada merungut tentang masalah ini, beliau telah mengambil langkah-langkah baru dan akhirnya berjaya menemui cara untuk mengubah keadaan itu untuk menjadi lebih baik.

Seperti yang berlaku secara realitinya, filem tersebut turut melatih pelakon-pelakon pelajar mereka untuk pertandingan choral speaking selama lebih enam bulan sebelum menyertai pertandingan itu.

ad-3

Walaupun terdapat beberapa perkara yang telah ditokok-tambah dalam filem itu, kebanyakan daripada plotnya masih berdasarkan kejadian yang betul.

Bagi memastikan filem ini tidak tersasar daripada fakta aslinya, Cheryl Ann sendiri telah mengawasi produksi filem tersebut.

Elemen menarik lain tentang Adiriwiraku adalah beberapa pelakon-pelakon pelajar dan guru yang ada dalam filem ini merupakan pelajar Cheryl dan guru daripada SMK Pinang Tungal itu sendiri.

adiwiraku-movie-featured-image-2

Antaranya pelajar yang berlakon sebagai diri mereka sendiri adalah Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani dan Rizal Fahmi.

Jom lihat trailer filem tersebut di bawah:

Sumber: Star2
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button