Gaya HidupKesihatanSukan

Berminat Untuk Menjadi Atlet? Ikuti Tips Dari Farah Ann Ini

 

  1. Pastikan badan anda dalam kedudukan yang betul

29a8725c00000578-0-image-a-26_1434566844589

Menurut Farah Ann, badan anda perlu berada dalam keadaan yang baik untuk melaksanakan apa-apa pergerakan atau rutin tanpa perlu melalui risiko kecederaan yang tinggi.

Contohnya, jika anda melakukan squats atau lunges, lutut anda perlu berada dalam kedudukan yang lurus dan tidak melebihi jari kaki anda. Ini membantu anda untuk membina jisim otot yang lebih baik juga.

  1. Angkat berat yang ringan

5-weightlifting-mistakes

Ini kerana, jika anda mengangkat berat yang anda tidak mampu tampung, akhirnya akan mencederakan diri anda sendiri.

Oleh itu, ketepikan ego anda dan mula dengan memilih dumbell yang sesuai dengan berat anda kerana menurut beliau, “apabila anda mendapatkan kedudukan dan berat yang betul, anda akan dapat membina otot dan dapat mengangkat beban yang lebih berat kemudiannya.”

  1. Fokus pada penyembuhan

1452862290835

Pastikan anda mengambil kira tempoh penyembuhan sebagai rutin senaman anda. Ini termasuk minum air, tidur, makan secukupnya, dan pastikan diet anda lengkap. Selain itu, tambah regangan sebagai teras dalam latihan anda untuk kadar pemulihan yang lebih baik.

  1. Teruskan usaha anda

8e6a8be31a229b213cafae60019138de_xl

Ubah persepsi anda tentang kecergasan kerana berseman bukan sahaja bermaksud yang anda perlu pergi ke gym. Ia seperti anda keluar untuk bermain, bola keranjang atau badminton contohnya. Cari aktiviti yang anda suka dan anda pasti akan suka untuk melakukannya lagi.

Beliau menekankan bahawa menjadi aktif adalah lebih penting kepada kehidupan anda jika anda mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda untuk duduk di sesuatu tempat sepanjang masa.

Sumber: mens-health
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button