Sukan

Torres Membimbangkan

Fernando Torres dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di kepalanya dalam perlawanan Atletico menentang Deportivo La Coruna yang terikat seri 1-1.

Bekas penyerang Liverpool dan Chelsea tidak sedarkan diri selepas bertembung kepala dengan pemain Deportivo, Alejandro Bergantinos sebelum dia kembali sedar.

nintchdbpict000306051199

nintchdbpict000306053150

Kepala Torres terhentak pada padang dalam keadaan yang ngeri sebelum rakan sepasukan yang risau bergegas lari kepadanya.

nintchdbpict000306061924

Rakan sepasukan, Gabi dan Sime Vrsalkjo membantu penyerang itu membuka mulutnya akibat tercekik lidahnya, kemudian doktor kelab Depor, Carlos Larino yang memuji tindakan dua orang pemain itu.

Selepas beberapa minit merawat Torres, 32, dia diangkat menggunakan pengusung berserta pendakap leher.

nintchdbpict000306062375

Dia dikejarkan ke hospital dengan ambulan, dan apa yang kelab menggambarkan di dalam Tweet-nya sebagai ‘Trauma Otak’.

Tetapi selepas menjalani serviks imbasan CT, Torres dikhabarkan tiada apa masalah tetapi perlu mengikuti protokol dengan bermalam di hospital.

Torres kemudian Tweet: “Terima kasih banyak kepada semua yang bimbangkan terhadap saya dan mesej yang menggalakan. Ia hanyalah sedikit. Saya harap akan kembali secepat mungkin!”

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker