FesyenGaya HidupHiburan

Fesyen Oscars 2017: Selebriti Manakah Yang Memakai Pakaian Terbaik Dan Terburuk?

Ia merupakan malam fesyen yang sengit di Annual Academy Awards ke-89!

Dalam sambutan acara kemuncak majlis anugerah ini, para bintang-bintang selebriti Hollywood ini telah membawakan gaya dan pakaian terbaik mereka di permaidani merah ini. Dan tentunya tidak semua gaya-gaya mereka ini adalah terbaik.

Oleh itu,  mari kita ketahui siapakah yang mempunyai pakaian yang paling cantik dan kurang sesuai di majlis Oscars 2017 ini!

PAKAIAN TERBAIK

Emma Stone

Imej Kredit :Steve Granitz/WireImage
Imej Kredit :Steve Granitz/WireImage

Tidak mengejutkan bahawa Emma Stone kelihatan sangat mempersonakan dan dapat disenaraikan sebagai antara pakaian terbaik pada kali ini kerana busana yang digayakan olehnya adalah gaun emas Givenchy Haute Couture  yang direka oleh Riccardo Tisci, tambahan bersama permata dari Tiffany & Co. Pakaian warna yang sempurna dan berkilat ini juga telah menyerlahkan lagi apabila dia menerima anugerah sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk watak Mia di dalam filem  La La Land.

Taraji P. Henson

Imej Kredit: Frazer Harrison/Getty Images
Imej Kredit: Frazer Harrison/Getty Images

Hidden Figures yang dibintangi Taraji P. Henson juga antara selebriti yang menyerlah di majlis karpet merah ini. Taraji sangat mengagumkan apabila dia menggayakan off-the-shoulder gaun baldu yang berwarna navy velvet bersama potongan tinggi  di bahagian pehanya. Tambahan bersama aksesori permata yang dipakainya oleh Nirav Modi, beg tangan yang berwarna hitam dan kasut tumit yang sangat membangkitkan aura elegannya.

Kirsten Dunst


Kirsten Dunst memakai gaun hitam dari Cristian Dior Haute Couture (mata tambahan untuk poket!), rantai berlian dan anting-anting dari Niwaka, dan kasut dari Christian Lacriox. Dia juga membawa beg dompet dari Roger Vivier dan ini telah menyebabkan beliau  disenaraikan sebagai pakaian yang terbaik pada malam tersebut.

Mahershala Ali

Mahershala Ali juga adalah antara pakaian lelaki yang terbaik di majlis Oscar 2017 ini dan terima kasih kepada Ermenegildo Zegna Couture yang telah meletakkan warna-warna yang terbaik pada baju, bow tie dan poket pakaian suit tuxedo ini. Tidak lupa pada kancing bajunya dari Monique Pean Homme yang telah bantu melengkapkan lagi gayanya.

Leslie Mann

Imej Kredit: Us Weekly
Imej Kredit: Us Weekly

Adakah itu Belle dari “Beauty and The Beast?” Tidak. Ia adalah pelakon Leslie Mann di majlis Oscars 2017! Leslie kelihatan seperti Belle kerana bersinar didalam  gaun kuning Zac Posen, barang kemas dari Lorraine Schwartz dan beg tangan serta kasut dari Jimmy Choo.

PAKAIAN TERBURUK

Dakota Johnson

Imej Kredit: Steve Granitz/WireImage
Imej Kredit: Steve Granitz/WireImage

Mungkin kerana terlalu mengikut gaya logam pada musim anugerah kali ini, pelakon Fifty Shades Darker yang dibintangi oleh Dakota Johnson ini cuba untuk menguasai warna emas. Tetapi pakaian dari Gucci ini, di mana bahagian pinggangnya terdapat lipatan reben yang besar dan dibahagian bahunya yang berkedut, tidak menjadi kegemaran kami.

Jamie Dornan

Imej Kredit: E! Online
Imej Kredit: E! Online

Jamie Dornan memakai tuxedo dari Hermes, jam tangan Cartier dan kasut Tod’s. Walaupun semua pakaian dan jenama ini adalah sangat terkenal, tetapi tidak semestinya ia dapat membantu menyesuaikan gaya. Boleh dikatakan gaya beliau ini salah satu penampilan yang kami kurang sukai.

Sofia Boutella

Imej Kredit: Jeff Kravitz/FilmMagic
Imej Kredit: Jeff Kravitz/FilmMagic

Pelakon dan pemuzik Sofia Boutella ini telah mengambil terlalu banyak inspirasi daripada filem yang akan datang Beauty and The Beast sehingga tenggelam gayanya didalam pakaian lap-esque yang berbulu ini.

Noami Harris

Walaupun Naomie Harris kelihatan sangat mengikut gaya trend  di atas permaidani merah, tetapi pakaian dari Calvin Klein yang berwarna putih ini berasa agak terlalu formal bagi apa-apa acara yang glamor.

Felicity Jones

Imej Kredit: Flainey Gossip
Imej Kredit: Flainey Gossip

Felicity Jones telah menggayakan pakaian dari Dior, malangnya beliau seperti kelihatan kurang menyerlah. Gaun ballerina yang kosong dan simple ini seperi patung ballerina di atas kotak muzik dan tidak berapa sesuai untuk Anugerah Academy dan telah disenarai pendek ke senarai pakaian yang paling teruk.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker