Sukan

Bos Barca Letak Jawatan

Pengurus Barcelona Luis Enrique mengumum peletakan jawatan beliau di akhir musim ini.  

nintchdbpict000172392927

Enrique mengesahkan peletakan jawatan beliau dalam sidang media selepas perlawanan menentang Sporting Gijon yang kemenangan berpihak kepada Barcelona di Nou Camp.

Enrique, 46, dilantik menjadi pengurus di kelab Catalan pada May 2014 dan berjaya membawa pasukan ini memenangi tiga kemenangan sekali gus pada musim 2014/15 Champion League, La Liga dan Copa del Rey  .

Enrique berkata dia memerlukan rehat dan masa untuk orang lain mengambil alih.

Enrique memberitahu pemberita: “Saya mahu umumkan kepada semua yang saya tidak akan meneruskan Barcelona musim hadapan. Ia agak sukar, tetapi ia adalah sesuatu keputusan yang saya fikirkan.

Saya memerlukan rehat. Itu adalah sebab sebenar mengapa saya tidak mahu meneruskan.”

nintchdbpict000305761001

Bekas rakan sepasukannya dan juga bekas pengendali Barca, kini pengurus Manchester City Pep Guardiola memberikan penghormatan kepada Enrique.

“Sebagai peminat Barcelona, saya sedih dan akan merindui jurulatih sempurna untuk Barcelona. Dalam tiga tahun, Barca bermain bola sepak yang menanjubkan. Saya faham dia dan saya berharap yang terbaik untuk dia,” kata Guardiola.

“Dia kawan, saya ingin mengucapkan terima kasih atas apa yang dia telah lakukan untuk kelab. Ada beberapa pengurus yang lebih bagus dari Luis Enrique di dunia. Saya masih rasakan mereka adalah pasukan terbaik di dalam dunia. Saya sedih dia tidak akan berada disitu lagi, tetapi saya harapkan yang terbaik buat dia.”

nintchdbpict000305774871

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker