AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Eh! Negara Lain Pun Ada ‘Tembok Besar’ Sempadan Juga?

Impian Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk membina sebuah tembok besar di sepanjang sempadan AS-Mexico dianggap sebagai satu rancangan yang ‘tidak masuk akal’ oleh masyarakat dunia.

Tetapi, tahukah anda bahawa menurut seorang penyelidik daripada Quebec University, Elisabeth Vallet, terdapat 70 buah tembok yang telah lama dibina di beberapa buah negara lain?

Di sini, kami senaraikan kepada anda beberapa ‘tembok besar’ yang sudah wujud, di mana ia dibina untuk melindungi sempadan negara daripada sebarang ancaman.

 

1. ‘MENAMBAH TEMBOK’ YANG SEDIA ADA

Amerika Syarikat: Satu pertiga daripada sempadan AS bersama Mexico yang berukuran 3,200 kilometer (2,000 batu) sebenarnya sudah pun mempunyai pagar. Diluluskan oleh bekas Presiden George W. Bush dan siap dibina pada tahun 2010, ukuran ketinggian pagar besi itu lebih daripada 5 meter (16 kaki) dan dilengkapi dengan lampu limpah serta kamera pengawasan.

2. ‘TEMBOK EROPAH’ MENGHALANG PENDATANG

Perancis: Pagar wayar tinggi yang sedia ada tidak mampu menghalang kemasukan pendatang dan oleh itu, sebuah tembok ‘anti pencerobohan’ telah didirikan lewat tahun lepas untuk menyekat ke pelabuhan utara Calais bagi pendatang-pendatang yang cuba menyeberangi selat itu ke Britain.

Hungary: Memandangkan Eropah sedang menghadapi krisis pendatang yang terburuk sejak Perang Dunia Kedua, Hungary membina sebuah pagar sepanjang 175 kilometer dengan tinggi 4 kaki di sepanjang sempadannya dengan Serbia pada bulan September 2016, dan juga di sempadannya dengan Croatia pada bulan Oktober.

Selain itu, negara-negara lain di rantau itu termasuk Slovenia (dengan sempadan Croatia), Austria (dengan sempadan Slovenia) dan Macedonia (dengan sempadan Greece) turut mengikuti langkah yang sama dalam membina pagar/tembok untuk menghalang pendatang daripada memasuki negara mereka.

Bulgaria: Pada tahun 2014, Bulgaria mula membina pagar kawat berduri di sepanjang sempadannya bersama Turki, iaitu pintu masuk utama pendatang yang ingin mengelak laluan lautan kepada Eropah di seluruh Mediterranean. Pagar itu kini berukuran 176 kilometer.

Greece: Negara ini menjadi pintu kemasukan utama bagi pendatang yang ingin masuk ke Eropah ketika ekonomi negara itu sedang jatuh teruk.

Jadi pada tahun 2012, Athens membina pagar kawat berduri yang dengan panjang 11 kilometer di sepanjang sempadan sungainya dengan Turki.

Sepanyol-Maghribi: Enklaf Sepanyol di Ceuta dan  Melilla di perairan Afrika Utara (satu-satunya sempadan darat Afrika bersama Eropah), dilindungi oleh pagar sempadan berteknologi tinggi, di mana setiap satu adalah sepanjang 10 kilometer.

3. TEMBOK DAN KONFLIK

Israel-Tebing Barat: Israel mula membina tembok keselamatannya sepanjang 712 kilometer di Tebing Barat pada tahun 2002 dengan alasan bahawa ia (tembok) dapat menghentikan serangan yang dilakukan oleh pemberontak Palestin.

Namun, pengkritik menyatakan bahawa tembok tersebut telah digunakan untuk merampas tanah dan menubuhkan sempadan sendiri, di mana tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa.

Selain itu tembok itu juga dilengkapi dengan menara pengawal dan sistem pengawasan elektronik.

Arab Saudi – Iraq: Dalam usaha menangani kebangkitan kumpulan pengganas IS, kerajaan Arab Saudi menambah benteng pasir setinggi tujuh meter mereka pada sempadan Iraq dengan membina pagar dan sistem pengawasan elektronik.

India-Pakistan: India membina halangan hampir 750 meter panjang, di sepanjang sempadan de facto yang memisahkan wilayah Kashmir yang dipertikaikan dengan Pakistan, untuk menghalang militan Pakistan daripada menceroboh.

India juga membina pagar kawat duri sepanjang 2,700 kilometer untuk menyekat kegiatan penyeludupan dan pendatang haram.

4. MENANDAKAN ‘WILAYAH’

Korea Utara-Korea Selatan: Sempadan yang paling banyak tentera di dunia adalah di antara Korea Utara dan Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 1953.

Dilengkapi dengan pagar kawat berduri, alat pengesan, periuk api dan senjata berat, ‘zon bahaya’ tersebut adalah seluas 250 kilometer di yang merangkumi seluruh sempadan itu.

Sahara Barat: Sebuah tembok pasir sepanjang 2,700 kilometer telah dibina di Sahara Barat sejak tahun 1980-an lagi. Ia didirikan di antara 80% wilayah yang berada di bawah kawalan Maghribi dan zon di bawah pemberontak Polisario, yang telah berjuang dan berunding untuk mendapat kawalan penuh terhadap Sahara Barat sejak tahun 1970-an.

Cyprus: Sejak pencerobohan Turki pada tahun 1974, sebuah tembok dibina untuk memisahkan kepulauan itu dan ibu negerinya, Nicosia di antara sebahagian Turki dan Greece.

Sumber: The Malay Mail Online
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker