Gaya HidupHiburan

7 Fakta Menarik Filem-Filem Ikonik Tahun 2000an Yang Anda Tidak Tahu

  1. Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl

sub-buzz-17926-1487704094-1

Setelah menonton beberapa klip daripada filem ini, eksekutif Disney beranggapan yang Johnny Depp telah merosakkan filem ini. Menurut Depp, mereka keliru sama ada beliau telah melakonkan wataknya sebagai seorang homoseksual atau seorang yang mabuk.

 

  1. The Princess Diaries

sub-buzz-32181-1487722282-1

Whitney Houston merupakan salah seorang penerbit untuk kedua-dua filem The Princess Diaries dan The Princess Diaries 2: Royal Engagement, menerusi syarikat produksinya, Brownhouse Productions.

 

  1. The Lord of The Rings

rings

Pelakon Irish, Stuart Townsend merupakan pelakon asal untuk watak Aragorn, tetapi beliau telah dipecat sehari sebelum produksi bermula oleh pengarah filem itu sendiri.

 

  1. Star Wars: Episode II

sw

Joey Fatone, JC Chasez, dan Chris Kirkpatrick (ahli NSYNC) merupakan pelakon tambahan (sebagai Jedi) untuk dua adegan filem tersebut. Mereka diminta untuk membuat kameo kerana anak perempuan kepada penerbit filem tersebut adalah peminat kumpulan mereka.

 

  1. The Princess and the Frog

bey

Beyonce merupakan pilihan pertama yang dipilih untuk mengalih suara bagi watak Princess Tiana, tetapi tidak berjaya kerana dia enggan pergi uji bakat.

 

  1. Harry Potterhp

Mendiang Alan Rickman yang sebenarnya mempunyai mata bewarna hazel, perlu memakai contact lense bewarna hitam untuk memainkan watak ikoniknya sebagai Severus Snape.

 

  1. The Devil Wears Prada

prada

Lakonan Meryl Streep sebagai Miranda Priestly dalam filem tersebut sebenarnya diilhamkan oleh perwatakan Clint Eastwood.

 

 

Sumber: buzzfeed
Show More

Related Articles

Back to top button