Gaya HidupKecantikan

Krim Mata Untuk Kecantikan Bibir?

Dengan trend make up sekarang yang semakin lama semakin hebat, apa yang kami pelajari adalah setiap make up mempunyai fungsi lebih daripada satu. Contohnya, gincu boleh digunakan sebagai pemerah pipi (blusher), eyeliner boleh digunakan pada kening, dan eyeshadow dijadikan gincu.

Kali ini, perkara baru yang kami telah pelajari adalah: krim mata boleh dipakai untuk kegunaan bibir anda.

lip-625x344

Ini kerana, kulit di sekitar mata adalah sangat halus seperti kulit bibir dan kedutan lebih cenderung untuk mula muncul buat pertama kalinya di kedua-dua kawasan ini.

Satu lagi kelemahan tentang bibir kita adalah, ia tidak mempunyai kelenjar minyak seperti kulit lain yang boleh membuatkan seluruh muka kita lembap.

Jadi di sinilah di mana krim mata, yang penuh dengan bahan-bahan aktif akan membantu untuk menghidrat, menambah bentuk , meningkatkan definisi, melicinkan, dan mencegah/mengurangkan garis-garis untuk bibir kita.

how-to-remove-lip-tint-and-create-super-soft-lips_moisturizer-or-eye-cream

Kalau anda masih ragu-ragu, ini merupakan kenyataan daripada Marianne Pistilli, seorang pakar kulit di New York tentang hal ini:

“Krim mata adalah sangat selamat kerana ia telah dikaji keselamatannya sekiranya ia masuk termasuk ke dalam mata atau berada pada kawasan yang dekat dengan mata anda”

Lebih-lebih lagi, beliau sendiri turut menggunakan krim ini sebagai satu rutin hariannya.

Jika menyapu keseluruhan bibir anda dengan krim mata bunyi agak menakutkan, anda masih boleh menggunakan tips ini dengan hanya mencalit dua atau tiga jumlah yang kecil sahaja pada bibir dan garis senyuman anda.

 

Show More

Related Articles

Back to top button