Bisnes & EkonomiFesyenGaya Hidup

Impian Wanita Untuk Memiliki Kasut Yang Boleh Bertukar Tumit Menjadi Realiti

Tanya Heath terbang ke Toronto bersama suaminya dari Paris kira-kira 17 tahun yang lalu, kini mempunyai rancangan untuk membina sebuah jenama kasut global dipanggil Tanya Heath Paris.

Kini perniagaannya menjadi sangat terkenal di peringkat global kerana idea beliau yang sangat berinovasi dan banyak membantu terutamanya para wanita di luar sana. Boleh dikatakan cerita keusahawanan beliau ini adalah klasik kerana ia bermula ketika dia sedang mencari penyelesaian kepada masalah peribadi dan masyarakat.

tanya-heath-thefasionspot

 Menurut Heath, beliau sentiasa mempunyai kehidupan profesional yang aktif dan beliau juga mempunyai anak-anak di Paris, iaitu di sebuah bandar di mana anda perlu melihat sesuatu kehadapan yang baik.

Ketika beliau dan keluarganya berpindah ke Perancis,  beliau menyedari bahawa wanita tidak menukar kasut sepanjang hari.

Selepas 15 tahun dan tiga kehamilan, beliau merupakan hampir menjalani pembedahan kaki  yang menyakitkan sehingga ia mampu untuk memecahkan tulang dan memerlukan tongkat pada bulan-bulan seterusnya.

Membuat keputusan bahawa pembedahan bukan satu pilihan, dia mencuba untuk mencari kasut tumit tinggi yang selesa.

“Selepas satu atau dua jam memakai kasut tumit tinggi, saya selalu berada di dalam kesakitan.” Dan bermula pada itulah, idea beliau datang  untuk mengeluarkan kasut tumit tinggi yang boleh dibuka dan menggantikannya dengan tumit yang rendah apabila ia menjadi tidak selesa.

Heath yang memperoleh ijazah sarjana muda di Universiti Toronto dan Ijazah Sarjana di Universiti Carleton sebelum melengkapkan MBA di Perancis memulakan kerjaya sebagai perunding pengurusan sebelum bekerja sebagai pengarah pemasaran bagi pelbagai syarikat teknologi pada masa yang sama bekerja dalam bidang akademik sebagai seorang profesor untuk pembangunan inovasi.

Lima tahun lalu, dia membawa pengalaman untuk digunakan, membawa bersama-sama sepasukan 14 jurutera yang menghabiskan kira-kira tiga tahun untuk membangunkan teknologi yang memberikan  platform kepada  kepelbagaian kasut tumit untuk wanita.

“Saya mempunyai pasukan yang bekerja secara berasingan supaya kegagalan tidak akan menggalakkan satu pasukan dan sebaik sahaja ada kejayaan, kita akan menyampaikan maklumat itu kepada semua pasukan supaya mereka boleh menggabungkan idea bersama.

“Teknologi ini telah melebihi jangkaan saya. Apabila saya mula, saya tidak pasti ia akan menjadi sesuatu yang baru di mana anda tidak akan dapat kasut seperti ini dimana-mana. Idea ini memberi anda memilih untuk keselesaan atau gaya glamor walaupun dalam satu kasut yang sama” katanya.

tanya-huffingtonpost

Kasut buatan tangan ini berharga 300 euro (RM1400) dengan tumitnya yang berharga € 20 hingga 60 €. Jika anda ingin memiliki dan ingin membuat koleksi kasut ini, anda boleh dapatkan kasut dan tumit ini di talian tanyaheath.com.

Matlamatnya untuk tiga tahun akan datang adalah untuk memberi tumpuan kepada pembuatan untuk mengurangkan kos dan untuk membina kedai-kedai runcit utama di Paris dan Toronto.

Menurut beliau,untuk menjayakan idea ini, ia memerlukan jenama yang tersendiri  dan juga memerlukan kedai sendiri.

tanya-heath-posh-rx“Saya akan mempunyai bar penyesuaian tumit di mana seorang wanita akan datang membeli kasut dan dapat memilih tumit berbeza dalam warna yang dia mahu. “

“Di Perancis, saya sudah dapat melihat bahawa kasut ini dapat berfungsi dengan baik. Untuk setiap pasang kasut, kami menjual tiga pasang tumit. Wanita suka pilihan tumit dan mereka sanggup membayar untuk apa yang mereka mahu.”

Menurutnya, pada akhir  ini terdapat banyak lagi nilai terhadap sesuatu jenama daripada sekadar inovasi. Tetapi bagi kasut jenama Tanya Heath Paris, ini adalah satu-satunya kasut yang sangat membantu bagi para wanita diluar sana dan mereka bukan sahaja akan menghasilkna kasut seperti malah akan ada lagi idea baru yang bakal mereka lakukan. Katanya, beliau mempunyai banyak idea lagi untuk membuat kasut lebih selesa dan menarik.

 

Show More

Related Articles

Back to top button