Sukan

Claudio Ranieri Dipecat

Pengurus juara Liga Perdana Inggeris musim 2015-2016 Leicester City, Claudio Ranieri dipecat selepas tunduk kepada Sevilla.

Champion 2015-16

Ranieri telah berjaya membawa Leicester City menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim 2015-2016 dan itu adalah pencapaian tertinggi untuk kelab “the Foxes” itu. Namun musim 2016-2017 adalah musim yang agak sukar untuk Leicester setelah mereka hanya menang 5 daripada 25 perlawanan liga dan berkemungkinan besar kelab itu akan tersingkir dari Liga Perdana setelah 5 perlawanan akhir mereka juga tewas.

Berkemungkinan, Roberto Mancini bekas pengurus Manchester City menjadi perbualan yang beliau bakal mengisi kekosongan kelab itu.

Roberto Mancini
Source Daily Star

Sementara ini, kekosongan Ranieri ini akan diganti buat sementara oleh Pembantu Pengurus kelab, Craig Shakespeare dan Jurulatih kelab Mike Stowell sehingga Pengurus baru dilantik.

Selain itu, reaksi media sosial tentang pemecatan Caludio Ranieri.

Jose-ig

“CHAMPION OF ENGLAND and FIFA MANAGER of THE YEAR.sacked,” tulis Mourinho di Instagram

“That’s the new football Claudio. Keep smiling AMICO. Nobody can delete the history you wrote.”

Leicester bakal bertemu Liverpool di Stadium King Power 28 February (Selasa) ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button