AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn Seorang Raja Yang Luar Biasa

Selepas mengambil alih takhta berikutan kematian ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej, raja baharu, Maha Vajiralongkorn, 64, telah menyatakan dengan jelas kepada jeneral-jeneral yang mentadbir Thailand bahawa baginda tidak akan hanya duduk disebalik tabir sebagai ‘individu yang tiada kuasa’ dalam perlembagaan.

Menurut laporan, hubungan diantara monarki, tentera dan ahli politik telah memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan di sana.

Menurut Paul Chambers, seorang ahli akademik di Institut Hal Ehwal Asia Tenggara, Vajiralongkorn telah membuktikan kecekapannya dalam menguruskan junta dan pihak tentera.

Dalam pada itu, tiada seorang pun dari kalangan pegawai kerajaan, tentera, ahli parlimen, diplomat dan penganalisis yang rasa terancam dengan keputusan baginda.

Vajiralongkorn memulakan pemerintahannya sebagai maharaja dalam keadaan yang amat berbeza berbanding mendiang ayahandanya, Maharaja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada bulan Oktober tahun lepas.

Bhumibol merupakan seorang raja yang disayangi dan dihormati oleh seluruh rakyat Thai serta dianggap sebagai simbol perpaduan ketika negara itu melalui beberapa insiden rampasan kuasa.

Vajiralongkorn, pula menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di luar negara dan masih belum memenangi hati rakyat sepenuhnya seperti mendiang ayahanda baginda.

Tetapi, latar belakang dan kemahiran Vajiralongkorn memberi beliau kelebihan yang lebih untuk berurusan dengan pemimpin tentera negara itu.

Baginda pernah menjalani latihan ketenteraan, terlibat dalam pertempuran menentang pemberontak pada tahun 1970-an dan juga boleh memandu jet pejuang.

Baru-baru ini, junta mematuhi permintaan istana untuk melakukan perubahan dalam perlembagaan, di mana ia merupakan permintaan yang pertama sejak berdekad lalu.

Berikutan itu, perubahan mengenai kuasa diraja telah diselesaikan dalam masa beberapa hari sahaja. Vajiralongkorn juga telah melaksanakan 20 pelantikan dan kenaikan pangkat kepada beberapa orang di dalam istana.

Ia termasuk rombakan anggota-anggota kanan (senior) dalam institut diraja, di mana kebanyakan dari kalangan mereka telah memegang jawatan berdekad-dekad di bawah Raja Bhumibol, dan juga menaikkan pangkat pegawai tentera bagi Vajiralongkorn.

Antara kenaikan pangkat pegawai tentera yang paling signifikan adalah pengawal peribadi baginda tersendiri. Suthida Vajiralongkorn na Ayudhya (pengawal peribadi) sering berada di sisi baginda, dan beliau telah dilantik menjadi jeneral sejak hari baginda menaiki takhta.

Dua minggu lepas, Raja Vajiralongkorn juga melantik ketua tertinggi Bhudda baharu sekali gus menamatkan konflik untuk merebut kedudukan itu.

Parlimen mengembalikan semula kuasa raja untuk berbuat demikian selepas 25 tahun meletakkan tanggungjawab tersebut di tangan majlis sami.

Dalam ucapan tahun barunya dan mesyuarat bersama pemimpin negara itu, Vajiralongkorn menegaskan supaya seluruh rakyat Thailand bersatu padu selain daripada mengarahkan Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha untuk memberi bantuan lebih kepada mangsa banjir.

Mesyuarat itu turut membincangkan rancangan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa perdamaian untuk pilihan raya yang dijangka akan berlangsung tahun depan.

Sumber: The Star

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker