Isu SemasaTempatan

Mengapa Ramai Belia Malaysia Menganggur?

Terdapat pelbagai teori yang menyebabkan para belia tidak mendapatkan pekerjaan.

Ada yang kata belia zaman sekarang sangat memilih pekerjaan dan tidak mahu melakukan pekerjaan yang berat.

Ada yang juga berkata ianya kerana kebanyakan belia tidak fasih berbahasa Inggeris dan tidak mahir berkomunikasi.

Selain itu, kurangnya tawaran bekerja dengan kelayakan yang ada pada graduan serta kurangnya kekosongan di sektor awam kerana umur pencen terkini adalah pada usia 60 tahun.

Malah ada yang menyalahkan kebanjiran warga asing yang dikatakan telah merampas pekerjaan yang seharusnya diisi oleh warga Malaysia.

Namun, sejak azali lagi terdapat golongan orang yang malas dan rajin di dunia ini dan ianya lumrah sebagai manusia biasa untuk mahukan pekerjaan yang terbaik untuk dirinya sendiri.

Jika masalah bahasa, pasti ada pekerjaan yang tidak memerlukan seseorang untuk fasih dalam bahasa Inggeris namun mungkin terdapat majikan yang menekankan aspek ini secara berlebihan.

Peratusan warga asing yang mendapatkan pekerjaan di Malaysia pula hanya mengambil alih pekerjaan warga Malaysia yang berkelulusan sekolah rendah sahaja dan tidak mungkin mengambil alih tugasan orang tempatan yang berkelayakan tinggi.

graduan-menganggur-pengangguran-cari-kerjaSetiap tahun negara kita mengeluarkan lebih daripada 100,000 graduan universiti dan ini tidak termasuk yang lulus dari luar negara.

Jika hendak disalahkan kepada pertumbuhan ekonomi, ianya tumbuh dengan baik dan telah membuka pelbagai peluang pekerjaan.

Menurut statistik pada Ogos 2016, terdapat 129 387 peluang pekerjaan di Malaysia. Oleh itu, masih tidak dapat dikenal pasti apakah punca sebenar masalah pengangguran di kalangan belia ini.

Institut Kajian Khazanah sedang menjalankan penyelidikan menyeluruh untuk mendapatkan sumber data yang lebih banyak agar masalah ini dapat ditangani dalam waktu terdekat walaupun sebenarnya peratusan pengangguran di Malaysia (3.7%) masih tidak begitu tinggi jika hendak dibandingkan dengan beberapa negara lain seperti Arab Saudi (5.6%), Amerika Syarikat (5.3%), UK (5.3%), Jerman (4.6%), Indonesia (6.2%) dan Filipina (6.3%).

Namun perkara ini harus ditangani dengan segera supaya tidak akan berlarutan di masa akan datang.

Anda mempunyai pendapat anda sendiri? #ApaKataBelia tentang pengangguran di Malaysia?

angry
Sumber Gambar: ayuhsihat.blogspot.com

Sumber: TheStar

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button