Gaya HidupKesihatanSukan

Jadikan Pembina Badan Wanita Tertua Di Dunia Ini Sebagai Inspirasi Anda Untuk Hidup Sihat

Bagi Ernestine Shepherd yang kini berusia genap 80 tahun, umur bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan faktor untuk seseorang menyekat dirinya daripada melakukan apa yang diminati.

Menjadikan ‘usia hanyalah sekadar angka semata-mata’ sebagai moto hidupnya, beliau mula melibatkan dirinya dalam dunia membina badan pada usia 56 tahun (ketika dia masih aktif sebagai setiausaha di sebuah sekolah).

Inspirasi ini muncul dalam dirinya setelah dia kehilangan seorang kakak yang meninggal dunia akibat aneurisme otak – yang pada mulanya bersepakat untuk mulakan gaya hidup sihat bersamanya setelah mereka membeli baju renang baru.

oldest-female-body-builder

Shepherd yang pada mulanya sangat terkesan dengan pemergian kakaknya telah mengalami tekanan darah tinggi, kemurungan, serangan panik, dan juga refluks asid.

Walau bagaimanapun, kemurungan itu berhenti setelah dia ingat kembali bahawa kakaknya akan mahu dia untuk tetap meneruskan perjalanan gaya hidup sihat yang mereka sama-sama janjikan dahulu.

Pada umur 71 tahun, Shepherd memulakan latihan untuk pertandingan bina badan pertama beliau – dan telah memenangi tempat pertama, walaupun pada ketika itu dia menentang wanita-wanita yang jauh lebih muda daripadanya.

bbd9

Antara rutin-rutin yang wajib dia lakukan setiap hari adalah, beliau akan bangun pada pukul 4 pagi setiap hari untuk melakukan larian 10 batu dan melakukan latihan kekuatan empat hari seminggu.

Sarapan ruji yang beliau sering ambil adalah 10 biji putih telur scramble, 16 auns air kosong dan segenggam kacang walnut.

Kini, dia meneruskan hidupnya dengan memberi inspirasi kepada wanita yang lebih tua lain (dan juga lelaki) untuk mencapai potensi fizikal mereka dengan bekerja sebagai pelatih peribadi untuk mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button