Gaya HidupKecantikan

Tips Penjagaan Bulu Mata Palsu

Bagi sesetengah orang bulu mata palsu adalah sesuatu yang wajib mereka gunakan untuk membuatkan rutin makeup mereka pada hari tersebut sempurna.

Tetapi, jika mereka tidak dijaga atau dibersihkan dengan betul selepas penggunaan, ia mungkin akan membuatkan jangka hayat bulu mata palsu anda menjadi singkat, atau yang lebih teruk akan menyebabkan kesan alergi pada mata.

Berikut adalah cara-cara untuk membersihkan bulu mata palsu anda:

  1. Cari satu bekas kecil dan isinya dengan air kosong. Kemudian rendam bulu mata palsu anda selama 5 minit. Pastikan anda guna air kosong jika tidak ia akan membuatkan gam menjadi lebih cair dan melekit.

img_2538

  1. Selepas 5 minit itu, gam yang ada pada bulu mata palsu akan jadi lebih mudah untuk ditanggalkan. Gunakan tweezers (penyepit kecil) sekiranya kuku anda tidak cukup panjang untuk menarik kesan-kesan gam itu.

img_2541

  1. Ambil putik kapas dan rendamnya dalam make up remover. Kemudian bersihkan kesemua lebihan produk yang ada pada bulu mata palsu anda seperti eyeliner, eyeshadow, dan mascara.

img_2543

  1. Akhir sekali, gunakan rubbing alcohol (bukan alkohol untuk minum ya) untuk betul-betul memastikan tiada lagi kesan-kesan yang tertinggal. Lepas itu lap bulu mata palsu dengan putik kapas. Anda boleh dapatkan rubbing alcohol ini di mana-mana kedai farmasi seperti Watson atau Guardian berdekatan.

img_2546

Sumber: sparkly-playground

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button