AntarabangsaIsu SemasaTeknologi

Ingin Belajar Di Finland? Ini Mungkin Peluang Anda!

Umum mengetahui bahawa Finland merupakan salah sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di dunia.

Kini, sebuah syarikat ‘start-up’ di negara itu bernama Finn-Ed Hub ingin menarik para pelajar luar negara yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana dengan menggunakan perkhidmatan online yang mereka sediakan.

Syarikat itu merancang untuk mengumpulkan semua universiti di Finland dalam sebuah perkhidmatan online yang akan menggalakkan pelajar asing untuk belajar di sana, dengan matlamat untuk menarik 100,000 orang pelajar.

Berdasarkan laporan akhbar kewangan, Kauppalehti, Finn-Ed Hub akan memasarkan dan mempromosikan pengajian tinggi Finland di Asia menggunakan saluran-saluran media sosial.

team_study-advisory
Study Advisory – Sumber: www.goodnewsfinland.com

Difahamkan, syarikat itu akan mengiklankan perkhidmatan mereka menerusi aplikasi WeChat (sebagai contoh) yang mempunyai 800 juta pengguna di serata dunia.

Untuk pengetahuan anda, Finn-Ed Hub dikendalikan oleh sebuah firma bernama Study Advisory yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang beroperasi di Tampere dan Hong Kong.

Dalam pada itu, Peter Vesterbacka daripada syarikat Rovio yang mencipta permainan video Angry Birds juga telah bersetuju untuk menjadi penasihat syarikat baharu itu.

Peter Vesterbacka – Sumber: www.pocketgamer.co.u

Vesterbacka, seorang individu yang tidak pernah jemu memberi sokongan padu terhadap sistem pendidikan Finland, turut menyokong beberapa usaha untuk memasarkannya.

Menurut Vesterbacka, Finn-Ed Hub akan membantu dalam usaha membina kerja asas bagi tujuan pengantarabangsaan di masa hadapan.

“Kita perlu berani memberitahu orang betapa hebatnya Finland, dan membuat Finland sebagai tempat belajar yang terbaik di dunia,” katanya.

Walau bagaimanapun, proses permohonan pengajian dan visa bagi pelajar asing mungkin akan memakan masa yang lama.

Tuomas Kauppinen, salah seorang pengasas syarikat tersebut, menyatakan bahawa proses berkenaan perlu dipermudahkan sekiranya projek tersebut ingin dijayakan.

“Sistem ujian kemasukan Finland adalah unik dalam dunia ini, dan boleh menjadi halangan bagi ramai orang,” katanya sambil menambah bahawa tempoh permohonan umum bermula awal tahun, dan keputusan untuk mengetahui sama ada seseorang pelajar itu akan dipilih atau tidak akan mengambil masa yang lama.

Tambah Kauppinen, di segelintir negara, keputusan tersebut dibuat hanya dalam tempoh satu minggu dan proses untuk visa pelajar diluluskan juga lebih fleksibel dan kurang memakan masa berbanding di Finland.

Seawal tahun hadapan, Finn-Ed Hub berharap untuk meraih 30,000 permohonan untuk belajar di negara itu, di mana Kauppinen yakin bahawa pihak berkuasa yang berkaitan akan bekerjasama bersama universiti-universiti untuk menjayakan perkhidmatan ini.

Jadi, sesiapa yang berminat untuk belajar di Finland perlu tunggu sehingga diberitahu kelak.

Sumber: YLE News
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker