Bisnes & Ekonomi

Transferwise Akan Melancarkan Perkhidmatan Pemindahan Wang Melalui Facebook

Sebuah syarikat pemindahan wang, TransferWise telah melancarkan satu perkhidmatan baru yang membolehkan pengguna untuk menghantar wang antarabangsa melalui aplikasi chat Facebook Inc.

Syarikat yang berpangkalan di London itu telah membangunkan satu Facebook Messenger yang dipanggil “chatbot”, atau sebuah program automatik yang boleh membantu pengguna untuk berkomunikasi dengan perniagaan masing-masing dan menjalankan tugasan biasa seperti pembelian dalam talian.

Chatbot TransferWise ini membolehkan para pelanggan untuk menghantar wang kepada rakan-rakan dan keluarga ke (dan dari) Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Australia dan Eropah melalui Facebook Messenger tersebut.

The Facebook logo is displayed on their website in an illustration photo taken in Bordeaux, France, February 1, 2017. REUTERS/Regis Duvignau

Buat masa ini, Facebook telah pun membolehkan pengguna menghantar wang secara domestik dalam Amerika Syarikat melalui aplikasi Messenger itu, namun, perkhidmatan ini masih belum dilancarkan di peringkat antarabangsa.

TransferWise turut berkata bahawa perkhidmatan ini akan menjadi yang pertama untuk membolehkan pemindahan wang antarabangsa sepenuhnya melalui Messenger.

online-money-transfer1
Facebook telah membuka aplikasi Messenger kepada pemaju untuk mewujudkan chatbot pada bulan April dalam usaha untuk memperluaskan pencapaiannya dalam perkhidmatan pelanggan dan urus niaga syarikat.

Perniagaan, termasuk bank-bank, berharap bahawa perkhidmatan ini boleh digunakan untuk memperbaiki dan mengurangkan kos operasi perkhidmatan pelanggan mereka.

Menurut Scott Miller, ketua perkongsian antarabangsa untuk TransferWise, walaupun chatbot TransferWise itu kini hanya boleh didapati di Facebook Messenger ia masih boleh disesuaikan untuk bekerja dengan perkhidmatan perbualan popular lain. Perkhidmatan itu juga akan diperluaskan di negara-negara lain.

Sumber: NewStraitTimes

Show More

Related Articles

Back to top button