AntarabangsaSukan

Masih Belum Cukup Untuk Selamatkan Wenger

“Mereka mungkin mampu untuk menang Piala FA dan tidak bermain bagus di Liga Perdana dan peminat masih tidak akan gembira.” tegas bekas bintang Arsenal, Alan Smith kepada Sky Sports.

Arsenal berjaya menewaskan Sutton United 2-0 di  Borough Sports Ground melalui jaringan oleh Lucas Perez pada minit ke-27 dan Theo Walcott pada minit ke-55. Arsenal akan bertemu Lincoln City di suku akhir Piala FA.

Lucas Perez
Sumber Fansided

Namun kemenangan di Borough Sports Ground itu masih belum dapat merawat kekecawaan peminat dan Wenger sendiri selepas kekalahan 5-1 kepada Bayern Munich di Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya tidak berapa menggemarinya kerana kami kena berkerja keras.”  kata Wenger kepada BBC.

“Di Bayern kita terikat 1-1 dan masuk separuh masa kedua semua menjadi masalah. Kami melakukan kerja. Ia agak lain di atas padang apa yang saya boleh katakan.”

“Ia bukan perlawanan yang mudah. Kami harus memberikan kredit ke Bayern kerana setiap kesilapan yang kami lakukan mereka ambilnya sebagai peluang di atas padang.”

“Mereka bermain dengan bagus. Mereka sangat teratur dan mempunyai keinginan yang sangat besar”

“Jika kami tidak mempersiapkan mental, kami mungkin tidak akan melepasinya. Ia sangat penting untuk keyakinan pemain.” ujar Wenger yang akan bertemu Bayern Munich untuk pusingan ke-16 di Emirates Stadium pada  7 March ini.

Arsene Wenger
Sumber FourFourTwo

Bagi Sutton United pula perlawanan ini sangat bermakna buat mereka kerana menerima kunjungan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal. Ada beberapa aksi yang mencuri perhatian antaranya adalah aksi penjaga gawang simpanan Sutton United, Wayne Shaw yang sedang makan pai semasa perlawanan.

Show More

Related Articles

Back to top button