AntarabangsaIsu SemasaPolitik

“China Akan ‘Mengganti’ Amerika Syarikat Sebagai Kuasa Besar Nombor 1 Di Dunia”

“Saya rasa sudah tiba masanya bagi Amerika Syarikat (AS) untuk berfikir secara mendalam tentang sebuah dunia, di mana mereka akan menjadi nombor dua dan China mungkin akan menjadi nombor 1 dan pasti kepentingan AS akan berubah secara mendadak .”

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh duta Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kishore Mahbubani, dalam sebuah forum mengenai “kebangkitan China dan bagaimana tingkah laku AS akan mempengaruhi langkah China pada masa akan datang” di Harvard University pada tahun 2015.

Pada waktu itu juga, Mahbubani menyifatkan tindakan AS yang membantah cadangan China untuk menubuhkan sebuah bank pelaburan infrastruktur Asia sebagai satu langkah yang ‘tidak bijaksana’.

Tambahnya lagi, kuasa veto AS membawa makna bahawa semua sekutu negara itu akan berdiri teguh di belakangnya, tetapi beliau terkejut apabila United Kingdom, sebagai sekutu utama AS, menjadi negara yang pertama untuk melanggar veto tersebut.

“Ini merupakan petanda bahawa negara-negara di dunia kini sedang bersiap sedia untuk sebuah dunia di mana AS tidak akan lagi menjadi nombor 1,” ujarnya.

Menurut Mahbubani yang juga seorang dekan dan profesor di Universiti Kebangsaan Singapura, seluruh dunia sering melihat AS bertindak secara unilateral, tetapi negara itu juga kerap bertindak untuk kepentingannya sendiri dengan mengorbankan kepentingan global.

Berkhidmat sebagai duta PBB selama 10 tahun, beliau turut meluahkan kekecewaannya apabila melihat sebuah institusi yang ditubuhkan dan di inspirasikan oleh AS selepas Perang Dunia Kedua mula terjejas dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh negara itu sendiri.

“Satu perkara yang mengejutkan saya adalah, AS mempunyai media yang paling bebas di dunia, akhbar dan stesen televisyen yang terbaik,” katanya.

Tetapi sebagai seorang individu yang pergi ke 30 hingga 40 negara dalam setahun, menonton televisyen AS memberi beliau gambaran seolah-olah dirinya telah ‘terputus’ daripada seluruh dunia.

Selain itu, Mahbubani menegaskan supaya AS perlu belajar untuk memahami perspektif bukan-Barat sambil menyatakan bahawa cedekiawan-cendekiawan dari negara lain seperti Serbia, Greece dan Turki lebih mengetahui dan menyedari apa yang sedang berlaku di serata dunia berbanding cendekiawan dari AS.

Sumber: Youtube
Show More

Related Articles

Back to top button