Bersempena hari jadinya yang ke-26 pada hari Jumaat lepas, Ed telah mengejutkan peminat-peminatnya di serata dunia dengan menghadiahkan sebuah lagu terbaharu daripada album ciptaannya, Divide.
“How Would You Feel” mempunyai vibe yang sangat berbeza daripada dua lagu yang beliau telah keluarkan pada Januari lepas. “Shape of You” dan “Castle on The Hill” mempunyai tempo yang lebih rancak, dan “How Would You Feel” pula membawa gaya yang lebih lembut dan pastinya akan buat anda cair.
Jika anda peminat Ed Sheeran, anda pasti tahu bagaimana Ed mampu membuat peminatnya menghabiskan sekotak tisu setiap kali mendengar setiap baris lirik-lirik lagu-lagu romantisnya.
“How would you feel
If I told you I loved you?
it’s just something that I want to do
Taking my time
Spending my life falling deeper in love with you.”
– beritahu kami, bagaimana anda tak akan tersangkut dan rasa terharu dengan lirik ini?
Dengan bantuan bunyi gitar akustik, nota piano yang rendah, rentak drum yang mantap, dan suara Ed Sheeran sendiri yang boleh membuat semua orang jatuh cinta, segala-galanya tentang lagu ini amat sempurna.
Sekiranya anda perlukan peringatan bagaimana anda dan pasangan anda boleh jatuh cinta pada suatu masa dahulu, “How Would You Feel” akan buat anda ingat kembali mengapa.
Nota sampingan: lagu ini sangat sesuai untuk digunakan di majlis perkahwinan
Anda boleh dengarkan lagu baru beliau di bawah: