Gaya HidupHiburan

Chicken Attack Lagu Viral Yang Pasti Akan Buat Anda Ketagih

Pada penghujung tahun 2016, negara kita sudah mengalami fenomena viral dengan lagu “PPAP” (Pen Pineapple Apple Pen) dari Jepun. Pada awal tahun 2017 pula, kita lagi sekali digemparkan dengan fenomena viral lagu baru, iaitu “Chicken Attack”.

Dalam muzik video tersebut, anda boleh lihat Takeo Ischi yang berusia 69 tahun melakonkan watak sebagai hero/dermawan misteri yang menegakan keadilan dengan bantuan ayamnya yang boleh bertukar menjadi seorang (atau seekor?) ninja.

7786

Jika anda fikir yang Takeo Ischi membantu hanya dengan berlakon dalam muzik video lagu ini… anda silap kerana nyanyian nya juga dibawa olehnya!

Beliau ternyata telah pun mencapai populariti yang tinggi di Jerman sebagai seorang yodeler Jepun profesional. Anda boleh lihat muzik video untuk lagu “New Bibi Hendl” yang membuat namanya terkenal hingga ke hari ini, di bawah:

Dengan kemunculan lagu “Chicken Attack” ini, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan pendapat mereka bahawa lagu tersebut adalah lebih baik daripada lagu “PPAP”, oleh kerana rentak dan liriknya yang lebih menarik dan catchy.

Pasukan yang bertanggungjawab ke atas fenomena terbaru ini adalah Portal A, Maker Studios, dan The Gregory Brothers yang mempunyai channel Youtube yang bernama schmoyoho, di mana mereka memulakan siri terbaru yang bertajuk “Song Voyage”.

Bagi menjayakan siri ini, mereka akan mengembara ke serata dunia untuk menghasilkan banyak lagi lagu-lagu pelik, menarik, dan yang pastinya akan buat anda turut bernyanyi sama.

Berikut adalah muzik video kepada satu lagu hasil karya mereka di Vietnam dan Korea pula!

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button