AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Hubungan AS-China: Trump Akhirnya Bersetuju Untuk Menghormati Dasar “Satu China”

Kerajaan Beijing (China) kini boleh menarik nafas lega apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akhirnya bersetuju untuk menghormati dasar “Satu China” yang telah diwujudkan sejak tahun 1979 lagi menerusi panggilan telefon pertamanya bersama Presiden China, Xi Jinping.

Ini adalah satu langkah yang baik untuk memperbaiki hubungan kedua-dua kuasa besar itu yang semakin tegang dan terjejas sebelum ini, terutamanya ketika Trump mencetuskan kemarahan Beijing apabila beliau berhubung dengan pemimpin Taiwan selepas kemenangannya dalam pilihan raya presiden yang lalu.

Lebih mengeruhkan keadaan pada waktu itu, pemimpin Republikan tersebut juga menyatakan bahawa AS tidak semestinya perlu berpegang pada “Satu China”, di mana beliau bercadang untuk membuat perundingan semula terhadap dasar itu.

capture-5
Sumber: www.ft.com

Menurut sebuah kenyataan terkini dari Rumah Putih berkata, Trump dan Xi berbual panjang di telefon pada Khamis malam waktu Washington.

“Presiden Trump bersetuju dengan permintaan Presiden Xi, untuk menghormati dasar ‘Satu China” kami,” kata kenyataan itu.

Dalam satu kenyataan lain yang disiarkan oleh televisyen China pula, Xi berkata kerajaannya menghargai langkah Trump untuk mempertahankan dasar itu.

“Saya percaya bahawa AS dan China adalah rakan kooperatif, dan melalui usaha bersama kami boleh meningkatkan hubungan dua hala kepada yang paling tinggi dalam sejarah,” ujar kenyataan itu yang memetik kata-kata Xi.

Selain itu, pemimpin China itu turut menambah bahawa perkembangan China dan AS semestinya boleh bergerak maju kehadapan bersama-sama, di mana kedua-dua belah pihak boleh menjadi rakan kooperatif yang baik.

Difahamkan, China ingin bekerjasama dengan AS dalam perdagangan, pelaburan, teknologi, tenaga dan infrastruktur, serta mengukuhkan lagi koordinasi berhubung hal ehwal antarabangsa dalam usaha mempertahankan keamanan dan kestabilan global.

“China secara proaktif berdedikasi terhadap kewujudan bersama yang aman bersama semua negara di dunia ini,” ujarnya.

Sumber: Financial Times

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button