Gaya HidupKesihatanSukan

Muay Thai: Sukan Asia Tenggara 2017 (Sukan SEA)

Muay Thai adalah salah satu seni mempertahankan diri yang telah diakui sebagai warisan tradisional bagi sukan tempur yang popular di kalangan generasi muda hari ini.

mua_thai_day
Di Thailand, sukan ini adalah ibarat sukan bola sepak untuk rakyat Malaysia –kanak-kanak akan dilatih sejak kecil dan ibu bapa melihat ia sebagai satu cara bagi mereka untuk menjadi sihat dan cergas, dan menghalang mereka daripada terlibat dengan gejala sosial bermasalah.

Di Malaysia, kita juga dapat melihat sukan ini mendapat sambutan yang tinggi dalam masyarakat kita dengan beberapa kelab-kelab Muay Thai ternama seperti Dragon Muay Thai, Cross Muay Thai, Muay Thai Fitness Lab, dan Tiger Muay Thai Malaysia, dan banyak lagi.

muay_khairy

Kini, Muay Thai telah pun diperkenalkan pada Sukan Asia Tenggara 2017 (Sukan SEA) Kuala Lumpur, yang memberikan semua pejuang Muay Thai peluang untuk terus bersaing di peringkat global, seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar, Presiden Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) selepas mesyuarat majlis itu.

Dengan pertandingan besar yang bakal tiba Ogos ini, kita boleh dapati bahawa sukan ini secara perlahan-lahan semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, dan walaupun mungkin ramai telah mendengar tentangnya, namun tidak ramai yang menyedari manfaatnya dan apa yang ia boleh lakukan untuk fikiran, badan dan jiwa kita.

“Ia Merupakan Pengalaman Yang Mampu Mengubah Hidup”

p_20170206_115050

Pemain amatur Muay Thai, Wan Shahmirizal Wan Jesmi, yang berusia 22 tahun dari Kuching, Sarawak, berkata bahawa sukan ini telah mengubah hidupnya menjadi lebih baik – mengubah dirinya daripada seorang ‘budak jahat’ kepada seorang pelajar yang lebih bertanggungjawab dan patuh bukan sahaja kepada seni tersebut, tetapi juga sebagai masyarakat yang mampu berjasa kepada negara.


“Ia Mengajar Nilai Hormat-Menghormati dan Kemanusian”

16593700_1356684371041015_2134023551_o

Menurut ahli Fitness Lab Muay Thai, Kru Ajarn Jomkitti dan Dr Fauzany, selain mampu memanfaatkan dari aspek kesihatan, intipati teras sukan itu adalah latihannya yang boleh dibandingkan dengan bentuk seni mempertahankan diri yang lain.

Dari segi manfaat kesihatan, Muay Thai melatih sistem kardiovaskular anda dan ia juga akan menguatkan otot, lengan, begitu juga kaki anda.

Selain itu, ia menggalakkan fikiran yang lebih jelas kerana ia bertindak membebaskan hormon tekanan.

Kedua-duanya bersetuju bahawa Muay Thai berfungsi sebagai motivasi untuk menguatkan kesihatan mental kita kerana ia mendorong seseorang untuk pergi lebih jauh dengan dapat melihat hasilnya.

Kru Ajarn turut berkata bahawa dengan Muay Thai, mereka telah diajar untuk tidak menyalahgunakan kemahiran dan tidak menyakiti orang sebaliknya belajar untuk membantu orang yang memerlukan.

Beliau juga menekankan hakikat bahawa ia mengajar anda untuk menjadi lebih rendah diri kerana nilai hormat merupakan intipati terasnya.

“Ia Membuktikan Bahawa Wanita Juga Mampu Bertempur”

20170207_081444

Melissa Toh, 28, adalah bukti bahawa seni mempertahankan diri bukan lagi hanya diamal oleh orang lelaki.

Pada mulanya, dia mendapat beberapa kritikan daripada orang di sekelilingnya, memandang rendah terhadap hakikat yang wanita menyertai seni mempertahankan diri.

Tetapi itu tidak menghalang Melissa daripada untuk menolak stereotaip itu dan melanggar semua norma, dan membuktikan yang mereka salah.

Kini, dia lebih selesa untuk mengatakan bahawa dia boleh melindungi dirinya dan rakan-rakan wanita beliau, tanpa memerlukan lelaki di sisi.

Sumber: malaysiandigest
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker