Isu SemasaPolitikTempatan

Kenali Ahli Parlimen (MP) Anda Di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Masyarakat di negeri itu pada asalnya datang daripada Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia,  sejak abad ke-14 lagi.

Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, iaitu Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelebu, Johol, Klang, Jelai, Ulu Pahang dan juga Segamat.

Dalam arena poltik, Negeri Sembilan dilihat sebagai kubu kuat kerajaan Barisan Nasional. Daripada kesemua 8 buah kerusi parlimen, 5 kerusi didominasi oleh calon Barisan Nasional, 2 DAP dan 1 PKR.

Berikut adalah senarai ahli parlimen serta kawasan-kawasan mereka di Negeri Sembilan.

capture-4

1. YB DATO’ ZAINUDIN BIN HAJI ISMAIL 

Datuk Zainudin Ismail, 54, adalah ahli parlimen Jelebu, Negeri Sembilan yang mewakili parti UMNO dari Barisan Nasional.

Beliau memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) dengan memperoleh sebanyak 22,114 undian atau 58%.

Sebelum ini, Zainudin pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, tetapi melepaskan jawatan itu pada tahun 2000 bagi membolehkan pemantapan dan penyusunan semula bahagian tersebut apabila Tan Sri Dr. Rais Yatim memasuki semula UMNO daripada Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) pada tahun 1999.

2. YB TAN SRI MOHD ISA BIN ABDUL SAMAD

isa_samad

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad merupakan bekas merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.

Selain daripada memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun daripada April 1982 – Mac 2004, beliau juga dilantik menjadi pernah dilantik menjadi Pengerusi FELDA pada waktu itu.

Dalam PRU 11 pada tahun 2004 beliau memenangi kerusi parlimen di Jempol dan berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai ahli parlimen kawasan itu sehingga hari ini.

3. YB LOKE SIEW FOOK

anthony-photo

Dilahirkan pada 28 April 1997, Loke Siew Fook merupakan anak kelahiran Seremban dan juga ahli parlimen bagi kawasan tersebut selain daripada memegang jawatan sebagai pegawai kanan dalam parti DAP.

Beliau juga adalah ahli di dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan (DUN) untuk kawasan Chennah dan bertindak sebagai ketua pembangkang Pakatan Rakyat dalam Dewan itu.

4. YB DATO’ SRI HASAN BIN MALEK

KUALA LUMPUR 11 OCTOBER 2014. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pada persidangan sesi latihan Sekretariat khas untuk memperkasakan usahawan India (SEED) di Hotel Grand Season. NSTP/Farizul Hafiz Awang

Selain daripada memegang jawatan ahli parlimen Kuala Pilah, Dato’ Sri Hasan Malek juga adalah Duta Malaysia kepada Kemboja.

Sebagai salah seorang ahli veteran UMNO di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional, beliau pernah menjadi Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan selepas PRU 13 dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

5. YB TEO KOK SEONG

teo-kok-seong1-480x300

Menyertai parti DAP pada tahun 2002, Teo Kok Seong turut diberi amanah untuk memegang jawatan ketua pemuda di dalam parti tersebut.

Sebelum ini, ahli parlimen Rasah berkenaan pernah ditahan kerana penglibatannya di dalam perhimpunan Kita Lawan pada bulan Mac 2015.

6.YB BRIG JEN KHAIRY JAMALUDDIN

kj

Siapa tidak kenal dengan Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut dikenali dengan gelaran ringkasnya, KJ.

Disifatkan sebagai “Tall, Dark and Handsome”, menteri yang “sporting” ini adalah anak menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain daripada memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO sejak tahun 2009, KJ juga adalah ahli parlimen bagi kawasan Rembau, di mana beliau bertanding dan memenangi kerusi tersebut pada PRU 12 pada tahun 2008

7. YB DATO’ KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS

datuk-kamarul-baharin-abbas

Dato’ Kamarul Baharin Abbas dilantik sebagai ahli parlimen Teluk Kemang berikutan kemenangan beliau di kawasan itu pada tahun 2008 dalam PRU 12.

Mewakili parti PKR, beliau turut berjaya mengekalkan kedudukannya di Teluk Kemang apabila memenangi PRU 13 dengan menewaskan calon lawannya Mogan Velayatham daripada parti MIC di bawah pimpinan Barisan Nasional dengan meraih undian sebanyak 29,848 (50%).

8. YB DATUK SERI SHAZIMAN BIN ABU MANSOR

shazimanmansor400px

Datuk Seri Shaziman Abu Mansor merupakan seorang ahli UMNO yang terkemuka dan juga bekas Menteri Kerja Raya.

Mula melibatkan diri dalam arena politik ketika berusia 27 tahun pada tahun 1991, prestasi baik beliau membawa kepada pelantikannya sebagai Ketua Pemuda UMNO enam tahun kemudian (1997).

Beliau juga berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai ahli parlimen Tampin sejak pertama kali dilantik pada PRU 10 pada tahun 1999 sehingga ke hari ini.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button