AntarabangsaGaya HidupIsu SemasaSukan

Wanita-Wanita Sukan Wushu Di Afghanistan

Sukan Shaolin Wushu merupakan satu seni mempertahankan diri dari zaman purba Cina.

Di Afghanistan, legasi ini telah diteruskan oleh satu kelab sukan Shaolin Wushu, yang diketuai oleh Sima Azimi, berusia 20 tahun.

_93994554_8cfbab17-4651-4db1-be2f-2b37df49e5ce

_93995425_f58440f2-1495-45c6-af58-663ffdb963a6

Sima telah mengajar di Kabul kira-kira satu tahun di gimnasium kelab tersebut bersama bapanya.

Ahli-ahli kelab Shaolin Wushu ini boleh dilihat sentiasa mengamalkan latihan mereka di puncak gunung yang diliputi salji di barat Kabul.

_93995432_5e113b8c-71c1-432c-95f2-6e460d3d1c25
Selepas belajar sukan ini di Iran, Sima berjaya mendapat beberapa pingat dalam pertandingan berlainan dan berkata: “Cita-cita saya adalah untuk melihat pelajar saya mengambil bahagian dalam perlawanan antarabangsa dan memenangi pingat untuk negara mereka.”

Walaupun populariti seni mempertahankan diri di Afghanistan adalah sangat tinggi, sukan wanita walau bagaimanapun adalah sangat terhad.

Boleh dikatakan kesemua ahli wanita dalam kelab itu adalah dari puak Hazara, yang menggunakan bahasa Dari, terutamanya dari kumpulan Syiah.

Oleh kerana mereka mempunyai tradisi masyarakat yang lebih terbuka, ini membolehkan mereka untuk mengamalkan sukan di luar rumah.

_93995426_c7924717-f774-419a-a4dc-61138a2c226a
Disebabkan kehidupan rakyat di kabul agak membimbangkan, wanita-wanita ini sering menghadapi ugutan dan gangguan.

Salah seorang daripada ahli mereka, Shakila Muradi, berkata: “Ramai orang telah mengganggu kami, tetapi kita tetap mengabaikan mereka dan teruskan dengan matlamat kita.”

_93995433_b7f4505e-4109-4b31-a1d7-4a90f24334b9

_93994551_e4631c30-0e67-49d9-991c-4a0abfdb7360
Gimanasium itu turut mempunyai poster besar ahli lagak ngeri Hussain Sadiqi, yang juga merupakan juara seni mempertahankan diri puak Hazara yang melarikan diri ke Australia untuk bekerja dalam bidang perfileman.

Bapanya turut menyuarakan kebanggaan beliau terhadap anaknya. “Saya benar-benar gembira kerana saya dapat membantu, memberi galakan dan menyokong Sima dengan minatnya,” katanya.

Sumber: bbc
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker