AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Ringkas Dan Padat: Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sistem Pilihan Raya Perancis

2017 merupakan tahun yang diisi penuh dengan pilihan raya di pelbagai negara di serata dunia. Selain daripada Singapura, Indonesia dan India antaranya, Perancis juga akan mengadakan pilihan raya presiden mereka yang akan bermula dengan pusingan pertama pada 23 April di ikuti dengan pusingan kedua pada 7 Mei ini.

Pilihan Raya Presiden Perancis 2017 akan menjadi pilihan raya yang paling penting di dalam sejarah negara itu.

Dalam tempoh dua dekad lalu, calon-calon presiden Perancis telah berjanji untuk melakukan pelbagai perubahan dan memulihkan semula ekonomi mereka, namun segala janji yang dilemparkan pada pilihan raya terdahulu tidak membawa perubahan yang ketara.

Tetapi, tahukah anda bagaimana pilihan raya dilaksanakan di Perancis?

Di sini, kami bawakan kepada anda perkara yang anda perlu tahu tentang sistem pilihan raya negara itu secara ringkas dan padat.

1. STRUKTUR POLITIK

57586ae2c461887b708b45bc

Parlimen Perancis mempunyai dua dewan atau dwidewan yang terdiri daripada Dewan Undangan Negara (Assemblée Nationale) dan Senat. Dewan Undangan Negara mempunyai 577 orang ahli yang mewakili kawasan-kawasan undian setempat dan dilantik secara langsung oleh pengundi untuk penggal 5 tahun.

Senat pula mempunyai 348 ahli, di mana mereka dilantik oleh Electoral College (Kolej Pemilih) yang terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih daripada 96 jabatan di metropolitan Perancis.

2. SIAPA YANG BOLEH MENJADI PRESIDEN?

french-presidential-candidates

Calon presiden yang ingin bertanding mesti berwarganegara Perancis. Untuk bertanding, calon-calon perlu mengumpul 500 tandatangan daripada pegawai-pegawai yang dilantik seperti datuk bandar.

Kadang-kadang, mereka yang memberi tandatangan itu turut dikenali sebagai sponsors (penaja), walaupun tandatangan mereka tidak semestinya mencerminkan sokongan mereka terhadap calon.

Selepas itu, nama-nama penaja akan diterbitkan tidak lama sebelum tarikh pilihan raya supaya datuk bandar boleh mengambil masa untuk fikir masak-masak kepada siapa mereka akan memberi tandatangan itu. Peraturan utama adalah untuk mengehadkan angka calon-calon yang dilihat tidak mempunyai kriteria seorang pemimpin.

3. BERAPA LAMA SESEORANG PRESIDEN BOLEH MEMERINTAH?

France President Hollande Backs Political Transition in Syria

Seorang presiden hanya boleh memerintah selama dua penggal maksimum, iaitu 5 tahun bagi setiap penggal. Sebelum ini, penggal pemerintahan presiden Perancis adalah 7 tahun, tetapi ia telah pun ditukarkan kepada 5 tahun oleh bekas presiden Jacques Chirac.

4. SIAPA YANG BOLEH MENGUNDI?

120505025629-french-citizen-votes-uruguay-story-top

Pertama sekali, hanya rakyat Perancis yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang boleh mengundi. Seseorang presiden itu dipilih secara langsung oleh pengundi tanpa Kolej Pemilih seperti mana yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, rakyat mempunyai pilihan sama ada ingin mengundi atau pun tidak kerana perkara itu tidak menjadi satu kewajipan untuk mereka.

5. BAGAIMANA PILIHAN RAYA DILAKSANAKAN?

0bb84327c575e5d2e36c214c2c5a013e

Pilihan raya presiden mempunyai dua pusingan. Sekiranya calon memperoleh undi majoriti mutlak (50% undian keseluruhan tambahan satu undi lebihan), beliau akan terus dipilih menjadi presiden.

Namun, perkara itu tidak pernah lagi berlaku. Pada tahun 1965, Charles de Gaulle merupakan calon yang hampir mendapat 50% undian, di mana beliau memperoleh 44% pada pusingan pertama itu.

Jika tiada sesiapa yang memperoleh 50% undian, dua orang calon yang mendapat markah tertinggi pada pusingan pertama akan menghadapi satu sama lain pada pusingan kedua yang diadakan 14 hari selepas itu.

Calon-calon yang tersingkir pula selalunya akan menasihati pengundi mereka mengenai siapa yang patut diundi di antara dua orang calon yang tinggal.

Selain itu, calon yang mendapat tempat kedua dalam pusingan pertama boleh memenangi pilihan raya itu sekiranya beliau memperoleh sokongan yang lebih pada pusingan kedua.

6. TARIKH PILIHAN RAYA?

france-image

Pilihan raya selalunya diadakan pada hari Ahad dan kempen akan berakhir tengah malam pada hari Jumaat sebelum undian bermula. Tahun ini, pusingan pertama pilihan raya akan diadakan pada 23 April manakala pusingan kedua pula pada 7 Mei.

Stesen mengundi akan dibuka pada pukul 8 pagi dan tutup pada 6 petang di bandar-bandar kecil, dan pukul 8 malam di bandar-bandar besar.

Penerbitan keputusan atau anggaran sebelum pukul 8 malam tidak dibenarkan. Namun radio antarabangsa, televisyen dan laman-laman internet kini membuat anggaran keputusan sebelum waktu itu.

Atas sebab ini, mengundi di kawasan pilihan raya Perancis di luar negara di benua Amerika (contoh: French Guiana, Martinique, Guadeloupe) serta kedutaan dan konsulat di sana akan berlangsung pada hari Sabtu dalam satu pengecualian khas.


Sumber: RFI

 

Show More

Related Articles

Back to top button